person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

07 October 2010

Ketenangan Buat Pertama Kali :)

Assalamualaikum,:)
*dah brape kali update,kali nie baru bagi salam..haha,*


Buat kesekian kalinya pada hari ini,
aku berperang semula dengan perasaan sendiri.
Meskipun tiada air yang dibazirkan pada kali ini,
Namun IMPAK nya besar:)

Niat semurni-murni nya nak berdamai.
Menjernihkan segala yang keruh antara 2 insan.
Setelah 4 Bulan tak bertegur sapa,
Keputusan dibuat kerana paksaan dan kerelaan sendiri.
A NEW CHAPTER MUST BE WRITTEN.

Melangkah masuk ke makmal kimia untuk sesi P&P seterusnya,
Senyuman terukir di bibir yang tak se-HOT mana,
Nekad di hati ingin menegur,
Biarlah runtuh seketika tembok EGO yang dibina selama ini.
Namun,
Layanan sedingin ais,
membantutkan segala-galanya.
Hati yang pada asalnya rela untuk berdamai,
Tiba-tiba menafikan kenyataan berdamai itu
Segalanya rasa bagai dipaksa oleh insan yang bergelar "PAPA"


Namun,
Kata-kata Bapa harus dituruti.
Tembok EGO yang telah runtuh,
Mula dibina semula oleh hati yang kesakitan.
Lebih tinggi daripada tembok yang lama.
Pertolongan seorang sahabat diminta,
kerana berdepan dengan si DIA pada ketika itu,,
NOT A RIGHT MOVE TO DO.


Hati sebal sepanjang P&P.
Cuba menahan kolam air mata yang telah penuh di pelupuk mata.
Kertas yang tidak berdosa menjadi mangsa luahan perasaan.
but seriously,
IT DOESNT HELP AT ALL.
Perasaan yang terlampau devastated memaksa untuk tidak fokus pada P&P dan hanya fokus mengawal air mata yang giat menambah kuantiti di pelupuk mata.
"Janganlah nangis,,"
"Tak payah fikir sangat lah."
Bergema satu suara yang setia memberi kata-kata semangat,
Tuan empunya suara yang duduk di sebelah,
tidak diendahkan.
Bagaikan sepi melanda ketika menahan perasaan.
Kesunyian yang dihadapi membuatkan seorang guru pelik.
"Kenapa Aina harini diam je?"
Tiada kata yang keluar cuma senyuman yang penuh plastik yang diberikan.
2 Orang rakan membela memberi alasan.
Akhirnya dengan tekad untuk tidak membiarkan cikgu dilanda persoalan,
Akhirnya suara yang ditahan dilepaskan.
"Cikgu,abang saya kirim salam"
Perbualan singkat berlaku.
Seterusnya sehinggalah habis waktu sekolah,
hanya sepi tanpa kata-kata.


Sebelum menjejakkan kaki bertemu kawan-kawan,
Senyuman seplastik habis di pakai di muka,
BERJAYA.
Bertembung dengan si DIA di luar pagar sekolah.
Sekelumit rasa kesal kerana melancarkan PERDAMAIAN.
Hanya tundukan diberi kepada si DIA.
Selepas mengetahui keputusan si DIA yang pada mulanya membangkang untuk berdamai kerana tidak mahu bersama semula sebagai kekasih.
Membuatkan aku rasa yang si DIA memandang aku sebagai DESPERATE.
Namun,si sahabat berkata damai hanya sebagai KAWAN.
Dia menerimanya dengan ZERO KEIKHLASAN.


Cerita yang didengari,amat teramat sangat membengangkan serta menambah kesakitan di hati yang sedia ada.
Langkah dibuat terus ke Pusat Sumber.
Mengajak rakan se-librarian untu mengambil wudhuk untuk bacaan yassin yang bakal bermula.


Tatkala air paip sejuk itu menyapa muka,
Suku masalah yang dihadapi bagaikan dibawa bersama arus wudhuk.
Sedikit ketenangan dirasai pada ketika itu.
Seusai berwudhuk,
Langkah kaki terus menuju ke pusat sumber semula,


Mendengar celoteh rakan-rakan se-librarian membuatkan perasaan gembira mengetuk pintu perasaan.
Tersenyum sambil berborak bersama mereka.
Ketenangan yang pada asalnya hanya menjenguk di muka pintu mula melangkah setapak kaki ke dalam.
Tepat jam 3:00 petang bacaan Yassin dimulakan.
Subhanallah,
Ketenangan optima yang tidak pernah dirasai sebelum ini membuatkan hati yang marak dengan api kemarahan terpadan.
Bacaan diteruskan dengan penuh kekhusyukan.
Suasana yang sungguh tenang ketika itu membuatkan diri rasa lebih harmoni dan tenteram.
Seusai bacaan yassin,
sedikit tahlil ringkas diadakan.
Alhamdullilah,
menyebut kalam Allah berulang kali,
membuatkan diri begitu tenang,


Jamuan kecil-kecilan menambahkan ketenangan dan keriangan di hati.
Suasana yang begitu family like amat mengkagumkan.
Ketawa sehingga terbang segala amarah,dan sakit di hati.


Insiden rakan terhantuk kepala di bonet keretaa cikgu menambahkan lagi keriangan di hati.
Seterusnya beermain congkak dengan rakan terapat juga menyeronokkan.


Ya Allah,
Bersyukur padamu dengan ketenangan tidak terhingga yang telah diberi oleh dikau.
Alhamdullilah.:)


Bersyukur juga diri ini dengan anugerah sahabat yang memahami.
Amni,Ainina,,THANK YOU SO MUCH kerana memahami kondisi dan cuba membantu dengan kata-kata semangat.You Guys The Best.THANK YOU.SAYANG KORANG TAHAP TINGGI MATAHARI ♥♥♥♥

Muhaimin,Ammar,Maizatul,Aidil,Ezuan - Korang memang 2nd BEST.Tak kering gusi dengan korang,You guys turn the dullness to a beautiful rainbow :).THANK YOU.♥♥♥


Best Evening Ever :D


haa,
sekarang aku selalu cakap pada diri sendiri,
"Everything's OVER.Tabahkan hati.Kau kuatkan Aina?"
sedikit sebanyak,
membantu pulih an semangat :)



post kali ini memang craps.
luahan hati ye.
tak suka,
klik butang X kat atas window tu ye :)



TOODLESSxoxo

No comments:

Post a Comment