HAHA,
Okay,
bebeh bebeh sekalian.
Aidil dah menetapkan untuk lawan cerita seram lagi.
Kali nie LAWAK SERAM ye.
Bukan SERAM SERAM.
haha
So you guys are the judges kay?
Here goes nothing :)
p/s : Aidil , aku pinjam nama kau taw.MUAHAHAHA.
Aidil seorang budak lelaki berusia 19 tahun yang memang minat gila terhadap memancing.Boleh dikatakan setiap lubuk , lombong dan sungai yang ada kat kampung dia tu , mesti dia akan pergi dan pancing ikan.Tak kisah lah kalau habis berjam-jam pun.Dia rela asalkan membuahkan hasil dan dia pun dapat puaskan perasaan sendiri.
Pada suatu pagi yang agak cerah dengan suhu 30 darjah celsius , Aidil sedang bersarapan di kedai Pakcik Sameon apabila dia terdengar soseh-soseh pemuda-pemuda yang duduk kat belakang dia.
Pemuda 1 : Wei kau tau tak . . . .
Pemuda 2 : (kunyah roti canai) Tak tau . .
Pemuda 1 : Aku nak bagitau lah!Ish pelahap , Nie ha , hari tu daddy aku pergi mancing kat sungai kampung seberang sana.
Pemuda 2 : Kampung seberang mana?Ada banyak kampung.Kampung Gajah , Kampung Pisang , Kampung Senah , Kampung Tipah . . . .
Pemuda 1 : Kau tak menyampuk tak boleh ke? [tunjuk muka bengang] Daddy aku kata dia pergi Kampung Sungai Banyak Ikan.Daddy aku dapat banyak kot ikan.Besar-besar pula tu.Besar nie [regangkan tangan untuk tunjukkan besar ikan]
Aidil : (pasang telinga ; angguk kepala)
Pemuda 2 : Jom kita lak pergi hujung minggu nie.
Pemuda 1 : Okay okay set.
Aidil : (jerit memamanggil) Pak Meon!Kira.
Selesai bayar tu , Aidil terus balik rumah.Packing-packing barang memancing dia.Lepas tu , dia siap buat bekal makan tengahari lagi.Semuanya sebab dia semangat nak pergi mancing kat Kampung Sungai Ikan Banyak tu.Siap pakai helmet , Aidil letak segala keperluan memancing dan bekal dalam raga motor.Dalam perjalanan , Aidil bernyanyi girang.Perjalanan nak ke kampung tu memang jauh.Dah dekat nak Asar baru Aidil sampai.Tiba-tiba dia baru teringat yang solat Zuhur dia tak buat lagi dan kalau dia terus pergi sungai tu , takut terbabas pula.Tanggung dosa kering.So,apa lagi , terus pecut lah Aidil cari surau.Tinggal tak sampai berapa minit jer Zuhur nak habis.
Tak lama kemudian , Aidil jumpa satu surau yang terletak di satu jalan sunyi kampung tu.Surau tu uzur je rupanya.Sunyi pula tu takde orang."Ah lantak lah.Aku nak kejar masa ni" monolog Aidil.
Aidil ambil wudhuk tergesa-gesa sebab Zuhur dah nak habis.Lepas tu tu terus dia meluru masuk surau tu.Tak toleh kiri kanan terus niat Zuhur.
Masa sujud rakaat pertama,tiba-tiba Aidil terdengar sayup sayup bunyi orang ketawa.Meremang segala bulu yang ada."Ish , sapa pulak yang ketawa tu." bisik hati Aidil.Dah la dengar bunyi orang ketawa , setiap kali sujud Aidil rasa kepala dan tengkuknya berat daripada biasa.Bertambah meremanglah bulu roma , bulu kaki , bulu ketiak , bulu hidung , segala bulu lah yang ada pada Aidil.
Aidil mula tak sedap hati."Ish,mungkin nie surau tinggal kut.Uzur semacam je.Alahai sapa jelah yang tenggek kat tengkuk aku nie" sempat Aidil bermonolog dalam diam.Hai , kantoi tak khusyuk sebab takut punya pasal.
Sedaya-upaya Aidil tenangkan hati supaya dia boleh selesaikan solat dan tinggalkan cepat surau yang baginya kini berpuaka.Bulu romanya semakin meremang-remang apabila gelak ketawa tadi makin kuat , dan makin hampir dengan dia.
"Alhamdullilah" , monolog Aidil sesudah tahiyat akhir.Selesai bagi salam ke kanan dan kiri , dia meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sehingga ke dagu.Tiba-tiba Aidil terperasan sesuatu.
Aduh!Aidil menepuk dahinya.Rupa-rupanya dia lupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi , sebab terlampau nak cepat punya pasal tadi.
Aidil toleh belakang , dan patutlah dengar orang ketawa.Rupa-rupanya tok imam , pak bilal , orang-orang kampung yang datang nak sembahyang asar duk gelakkan dia sebab sembahyang pakai helmet.Sampai terbatu-batuk pak bilal tu gelakkan dia.
Patutlah berat semacam kepala dan tengkuknya.
Dengan muka tahan malunya , Aidil terus keluar dari surau tu.Merah padam mukanya menahan malu.Terus tak jadi nak pergi memancing.Azan Asar pun dah berkumandang.
"Ish , baik aku sembahyang kat rumah je ," Dek kerana tak tertanggung malunya Aidil terus balik.
HAHAHA,
SUCKS OUH.
INI JER YANG AKU BOLEH BUAT.
HAHA
SORRY AH DIL,
NAMA KAU JADI MANGSA.:D
MORAL OF THE STORY ,
Tunaikan lah dahulu solatmu sebelum buat apa-apa perkara.
HAHA,
Okay readers,
Nilai lah sendiri.
Baca yang dia punya part.
Then bandingkan dengan aku punya part pula
No comments:
Post a Comment