person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

19 December 2010

Kelentung Kelentang Di Dapur.

Benarnya post nie minggu lepas lagi.Tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan dan ketiadaan masa untuk mengupdate telah menyebabkan post nie tergendala selama seminggu.Dah basi agaknya.Hahaha.

__________________________________________________
Minggu lepas hari Rabu . Tengahari , tengah sedap-sedap melunjur kaki terbongkang depan TV tengok American Next Top Model (S15) , , tiba- tiba mama menjerit dari tingkat atas."AINAAA!," aku ingatkan nak kena marah.Berlari aku naik panjat tangga.Nasib baik tak tersungkur.Sampai bilik tengok mama muka sakit.Ingatkan mama sesak nafas lagi.So dengan muka selamba aku jawab "yup?"

Bamm!Rupa-rupanya , kaki mama luka terpijak kaca.Apa lagi , macam nak kejar Usain Bolt aku lari turun tangga.Nyaris . Yeah Nyaris nak tersungkur sebab laju sangat.Then sampai dapur , buka setiap satu kabinet yang ada.Cari kapas dengan minyak gamat. Jumpa! Lari lagi panjat tangga.Ceh , dengan gaya yakin , sekali dua anak tangga aku langkah.Sekali bedebukk! jatuh.Kalah buah durian jatuh.Mencarut-carut dulu.Baru panjat tangga balik.Time tu memang amalkan "Biar lambat asal selamat" .

Sampai bilik mama , hulur kapas dengan minyak gamat.Lepak ah kejap dalam bilik uh.Sejukk , air-cond.Then tiba-tiba mama bersuara."Petang pukul 5 karang , kau hiris-hiris bawang merah 1 biji , jangan besar sangat.Halia kecik je,Bawang putih 2biji.Hiri gak.Lepas tu kau amek cili hidup sebiji , buang batang , hiris halus2.Lepas tu keluarkan ayam.Rendam dalam sinki." Kata-kata berupa arahan tu dilontarkan.Ceh , baru ingat petang tu nak pi joging.So disebabkan aku memang suka kecahkan dapur ala2 kena ribut katrina , aku pun okay jelah.

Then tepat kul 4:50 mama dah jerit dari tingkat atas suruh buat kejadah semua uh tadi.Aku tengok jam.Ish,ada lagi 10 minit.Baru nak bagi alasan.Tup tup mama dah turun.Ceh . buat muka tempoyak , pergi dapur.Then mama tiba2 cakap , " mama nak ajar masak ayam kicap" . FUUYOOHHH,resepi baru lagi.haa , fav  lak tuh.Especially kalau nenek aku yang masak.perghh,,sedap kalah KFC.haha.Apa lagi semangat bukan kepalang aku pergi keluarkan segala yang disuruh.

Then baru nak kupas bawang besar tuh , tiba-tiba teringat nak tangkap gambar , , batakkan diri dalam blog.Apa lagi , dengan ala-ala ninja turtle , aku diam-diam naik atas , amek kamera,sorokkan dalam baju.huhu..nasib baik mama leka main Farmville sambil tengok TV.huhu.
Apa lagi masuk dapur terus snap snap.

Ehem ehem okay , sekarang slot bersama Cik Kuli Aina Ye. (asyik2 chef.dah bosan.So tukar kepada kuli)

Okayy , 
Tuan-Tuan , Puan-Puan , Madam-Madam , Tan Sri , Datin , Dato , Datuk  , Nenek ,Makcik , Pakcik , Budak-budak , Cik , Encik , You ,Them , I ,sekalian,,
Harini Cik Kuli nak ajar masak resepi Ayam Masak Kicap ye.

[Author Note (a/n) : Ye,aku tauu , , kat web dah banyak pasal resepi jadah ni kan.Tapi tapi suka hati aku lah.Saje nak tambah koleksi resepi di web-web kan.haha.plus saja nak menvariasikan pengisian belogg serta nak membuang masa dengan menambah bilangan post belogg.Sekian , kalau masih tak mau baca , sila click butan merah X diatas window anda.Paling mudah Alt+F4.Pasti anda akan dibawa dengan segera ke tempat yang lebih meyenangkan mata]


____________________________________________________

Ehem ehem , , ye kembali lagi ke slot Kelentung Kelentang Di Dapur Yeahh ,

Pertama sekali ,
Sediakan bahan-bahan ini.Kalau tiada , sila beli dengan kadar segera atau keluarkan duit dari bank dan makan di kedai sahaja

  1. Bawang Merah 1 biji*
  2. Bawang Putih 2 ulas*
  3. Halia seulas (kecik jer)*
  4. Cili Hidup / Cili Merah 1 ulas*
  5. Sos Tiram
  6. Kicap
  7. Sos cili
  8. Ayam ( seberapa banyak guni yang korang nak.tak kisah dan tak peduli)
simbol * bermaksud hiris halus


Seterusnya.
Steps :



  1. Ayam yang mentah baru keluar dari peti ais tadi , basuh bersih.Lepas tu gaul bersama kunyit dan garam.
  2. Lepas tu goreng macam biasa.Tak payah goreng garing-garing.Biar goreng macam lembap-lembap basah.
  3. Pastikan sebelum goreng tu , kuali dan minyak dah betul-betul panas.Kalau tak nanti ayam melekat kat kuali susah nak goreng dan kulit ayam tu senang nak tercabut.
  4. Kalau nak sedap , goreng lah ayam tu pakai minyak yang korang dah pernah sekali pakai untuk goreng , apa-apa jelah.
  5. Tengah-tengah menggoreng tuh , daripada korang buang masa tengok tv , check status update terbaru kat twitter/facebook dan lain lain jadahnya tuh , ada pekdah kalau korang kupas dan hiris bahan-bahan yang perlu dihiris tu.
  6. Lepas dah siap kerja-kerja menghiris tuh,ambil pula , sos tiram dengan sos cili.Campurkan dua-dua sos tersebut dalam satu mangkuk.Tak kisah korang nak habiskan satu botol ke , satu balang ke , satu tong ke . ikut kesesuaian banyak ayam lah.Kalau ayam 2 ketul , korang lambak sos punya lah banyak ya rabbi  , , wallahualam lah,
  7. Lepas dah siap goreng ayam , pilih lah samada korang nak masak guna minyak baru atau minyak goreng ayam tadi.Pastikan minyak tuh tak banyak sangat , tak sikit sangat.
  8. Tunggu biar minyak tuh panas betul betul panas , baru tumis bahan-bahan yang dihiris tadi.(bawang merah/putih , cili , halia)
  9. Jangan tumis lama sangat sampai hangus.Agak-agak dah naik bau tu , masukkan pula gabungan dua sos tadi (sos tiram + sos cili) . Masukkan air suku cawan.
  10. Gaulkan.Sambil gaul , sambil tu tabur garam (jangan banyak sangat sebab kicap akan masuk sekali.kicapkan masin?)
  11. Agak-agak bau dah naik , masukkan pulak ayam yang dah digoreng tadi.Gaul sebati.
  12. Next , lepas 5 minit gaul , , masukkan pula kicap.Tuang kicap tu sampai cukup rasa / kuah bertukar jadi kaler hitam.
  13. Gaul sebati . Biarkan sampai mendidih / naik bau .
  14. Angkat dan hidang lah dalam mangkuk bunga-bunga kaler pink dan purple.haha..
Haa , ,tuhh diaa , senang jer kan? Cik Kuli masak first time dah menjadi.Hebatkan Cik Kuli?haha.
Ouh , nie ada sedikit sebanyak gambar.
Cik Kuli dapat tangkap sikit jer.Sebab MamaTRON (gian nak tengok TRON LEGACY) macam biskut.Kejap dia kat dapur.Kejap dia kat dining hall . kejap -kejap kat belakang Cik Kuli.So bila MamaTRON ada , dia melarang sekeras-keras simen lantai agar tidak main-main ketika masak.Tu yang Cik Kuli tak berani ah nak tangkap gambar time tengah masak.Kena lepuk sia-sia.

Ayam yang dah gaul dengan kunyit dan garam


Pastikan minyak betul-betul panas.Nak tau dah panas ke belum , celup tangan.haha

Yeah , bagi yang perempuan yang takut minyak terperecik kena tangan kalian yang mulus, muka yang putih bersih dan jernih, pastikan jarak menggoreng jauh sebanyak 100meter.haha

Dah siap goreng.See , ,tak garing pun.haha

Nah , nih dah siap kupas kulit serta dah basuh.
Dari kiri : Bawang merah , Cili Hidup , Bawang Putih , Halia
Gambar yang dihiris tak sempat tangkap kerana mamaTRON memerhati.



Nih gabungan sos tiram dan sos cili.tak kisah lah kalau sos tiram kat atas sos cili atau vice versa.Kalau korang nak gaul sekalipun no hal.

skip skip part menumis semuaa , inilah hasilnyaa.tak lah seelok rupa kalau korang makan kat hotel-hotel.tapi asalkan sedap.HAHA

Saya takde bibik nak kemas kan semua nie.So lepas kecahkan dapur.Kenalah kemaskan.
Okayy.Aku admit.Tak lawa pun rupanya.HITAMM.haha,tapi mana yang korang pentingkan?

A) Rupa lawa , rasa takde , masuk perut , keluar jadi _ _ _ _
B) Takde Rupa , Rasa sedap , Nak ber_ _ pun rasa sayang,HAHA



Haha,*sengau chef wan* Sekian sajaa di segmen kelentung kelentang di dapur bersama Cik Kuli.Jumpa Lagi.Byee.

_____________________________________________

Okay , sebenarnya aku sendiri tak jumpa motif yang clear ape sebab-musabab aku post benda nie.Mungkin juga sebab aku nak kongsi ilmu yang baru aku belajar , mungkin juga aku nak buat satu  memori biar aku tak lupa atau paling senang , sajaaa gedik gedik nak show off aku pandai masak.haha:)
Anyway , terima kasih sebab sudi bazirkan hampir 5minit anda baca artikel nie sampai terabun mata tuh.haha.nasiblah Bieber ada untuk ber-baby dengan telinga anda.haha.

ToodlessXOXO

No comments:

Post a Comment