person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

26 January 2011

Wise Words

Notis : MENGANDUNGI AYAT SKEMA TEETTT-----

Tepat jam 0720 , fuhh dengan semangatnya saya panjat 6 tingkat untuk sampai ke kelas.
Habis berpeluh . 
Nasib baik saya dah tabur Johnson Baby Powder satu badan sebelum pergi sekolah.
Takdelah bau masam sangat . Hehe .

Then dah sampai depan kelas , tengok kaum kaum hawa sekalian berkumpul depan kelas . 
Aish . Pintu masih berkuci . 
Maka selama 5minit setengah kami kaum kaum hawa nie jadi tugu peringatan depan kelas.
Then lepas pintu kelas buka , terus menuju ke tempat duduk yang terletak di ceruk kelas paling belakang . 

Mula-mula tengah monolog tengok keliling .
Teringat kenangan lama . 
Then tiba tiba monolog ter-corrupt pula . 
Satu kelas duk tanya kat rakan sekeliling ,
"Eh dah siap karangan?"

Saya yang baru perasan something terus tepuk pipi dengan kedua-dua belah tangan sambil monolog dalam hati
"OH MY GAWSHH , AKU LUPA NAK SALIN BALIK KARANGAN DALAM BUKU"
Okay ,
terus keluarkan buku penulisan dan mula menulis . 
Then tiba-tiba pengawas bertugas mula gila mic buat pengumuman . 
Okay , 
dengar kejap . Fine takde kene mngena dengan kehidupan saya ,
Maka teruskan usaha . 

Tiba tiba si ketua tingkatan dengan lunak berkata " BANGUNN . ASSALAMUALAIKUM USTAZAH " 
Alamak ustazah dah masuk lah pula . Tutup buku penulisan , keluarkan buku teks agama dengan buku nota ringkas berharga seringgit yang dibeli daripada ustazah . 
Mukadimah mukadimah mukadimah . 

Lepas tu ustazah kata nak sambung bab Ibadat.
Yeah , bab perkahwinan  .
Nak sambung pasal wali .
Wali ada dua jenis . 
Satu Wali Nasab yang terbahagi kepada dua iaitu Wali Mujbir dan Wali bukan Mujbir . 
Dua Wali Hakim yang tidak terbahagi kepada apa-apa . 
Wali Mujbir merupakan wali yang boleh menikahkan ANAK GADISnya samada dengan atau tanpa persetujuan GADIS tersebut .
Kenapa saya capslock GADIS? Sebab ustazah kata kalau perempuan tu dah jadi Mak Jan(da) wali tu tak boleh paksa dah . ANAK GADIS macam kita kita nie jer yang boleh kena kahwin paksa. Sadis kan kan?
Dua contoh terbaik bagi wali Mujbir adalah Ayah dan Atuk .
Tapi kan sapa yang tengah baca nie anak perempuan sulung? Angkat laptopp ! (over bajet cikgu)
Ustazah kata kalau kalian anak perempuan sulung , nanti nak kahwin pejabat agama akan minta surat beranak dan surat nikah parents kalian.
Sebab?
Ustazah kata orang pejabat agama nak bandingkan tarikh lahir awak dengan tarikh ibu bapa awak kahwin . 
Misalnya parents awak kahwin 1 Januari 1983 dan awak pula lahir 1 Mei 1983 . 
Lima bulan lepas parents awak kahwin awak lahirkan?
So pejabat agama takkan bagi kebenaran kepada bapa awak tu untuk walikan pernikahan awak takut awak tu anak tak sah . Faham ? 
So kalau ayah awak nikahkan awak juga , maka pernikahan awak tu tak sah maka kira berzina lah awak dengan pasangan awak tu . 
Faham?
(tak tuju kat sesapa okay . Just mau share ape yang saya belajar kat sekolah tadi)
Lepas tu Wali bukan Mujbir tu pula , wali selain daripada ayah dan atuk dan tak boleh paksa kena tanya persetujuan perempuan dulu . Yang nie contoh macam pakcik , abang , etc etc . 

Then lepas habis bab bab wali ustazah pun nasihatlah kami kami pelajar 5Science1 nie dengan menggunakan wise wise words .
Kata-kata yang telah saya lakarkan dalam buku Cimb kaler merah . :D

  • Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
  • Jodoh setiap orang dah ditetapkan oleh Allah S.W.T . Tak payah lah nak susah payah nak couple sana couple sini .
  • Ada orang jodoh macam KAPAL TERBANG , umur 18 tahun dah kahwin . Ada orang jodoh macam naik bas ekspress , umur 25tahun baru kahwin . Ada orang pula jodoh macam jalan kaki , jalan tak sampai sampai . Dah 40tahun baru kahwin.
  • Kalau tak de jodoh kat dunia InsyaAllah Allah akan beri kita nikmat dan ganjaran kat akhirat sebab kita berjaya tahan nafsu kita waktu kat dunia.
Maka dengan itu . suka lah saya nak katakan , girls , janganlah frust menongengg tertonggeng bertonggeng-tonggeng kalau lelaki patahkan hati kita . It is just a matter of time until the right one datang kat kita okay . 

Yes ,
i've learned my lesson :)

p/s : ignore lah mood mengajar secara tiba-tiba . 
p/s/s : harini addmath takde hwork.WOHHOOO.Sejarah dicipta
p/s/s/s : berhenti lah jadi creepy secret admire oi , report pengetua karang
p/s/s/s/s : eh banyakk nye p/s :)

ToodlessXOXO

No comments:

Post a Comment