person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

03 March 2011

Fed up.

Pernah tak korang rasa nak lempang-lempang , sepak terajang , bantai pakai steel chair somebody ?
Macam tu lah yang sedang aku rasa nie . Fed up Fed up okay . Rasa nak bantai sampai koma je budak tu . Menyusahkan hidup aku je . Makin hari makin annoying . Makin kurang ajar , makin berani tunjuk berlagak bagus .

Umur baru setahun jagung dah tunjuk belang . Dah berani nak tengking-tengking orang lagi tua daripada dia. Pantang kena tegur sikit , mula nak tinggi suara . Yang aku sumpah pelik nak mati hamboi , langsung takde sapa nak naik tangan bila dia tunjuk belang hitam putih kuning dia tu . Kalau aku dulu , rotan , tali pinggang , hanger , penampar , penendang , penumbuk semua dah menanti . Tunggu masa je nak kena PIAPP PIAPP ZASSSS SHUSSHHH DUSHHH DUSHH! .

Yang budak nie relax jer . Dia melawan pun orang buat dunno je . Patutlah kan budak budak zaman sekarang perangai mengalahkan kacang hantu . Mengalahkan Nordin Mat Top . Mengalahkan Bush ketika zaman dia memerintah America. Tak heranlah ada pelajar yang masih sekolah rendah dah berani sepak terajang , maki hamun cikgu-cikgu . Dah berani supply rokok kat abang-abang sekolah menengah yang sama perangai kacang hantu . Bila cikgu marah sikit , ye marah SIKIT ye belum jentik , mak bapa dah I SEE YOU IN COURT. huk aloh . Nak jumpa kat court boleh je . Court apa yang kalian nak ? Tennis court? Badminton court? Squash court? ke Courts Mammoth? . Pilih .

Kes mak bapak saman cikgu makin ramai kan kan . Padahal baru rotan sikit . belum campak bangunan 4 tingkat . Lepas tu mula lah gempar satu kampung upah karpal singh jadi peguam bela . Memang kalah chott . Sekali si Karpal buka mulut , Hakim pun jatuh hati dan jatuhkan hukuman . Last-last cikgu tu pula yang kalah kes . Tak ke menyakitkan hati ? Padahal cikgu-cikgu nak didik budak-budak berperangaikan setan nie biar jadi berperangaikan manusia normal . Biar masa depan cerah . Tak gelap gelita sampai masing-masing teraba-raba nak ikut lorong mana . Tu yang ramai terpilih lorong sesat . Bila dah sesat maka bertambah lah sampah masyarakat . Tak cukup dengan timbunan sampah busuk eww eww nak tambah lagi sampah masyarakat . Tak faham kan?

Seriously , perlu ke manjakan anak melebih-lebih ? Kalau melebih-lebih yang membuahkan hasil positif takpela lagi . Ini majoriti mendatangkan kesan buruk . Bila anak tu nak patung Ben 10 , mak ayah tak kasi , budak tu bentak bentak pakat hentak kaki nangis kuat-kuat biar malu mak ayah dia .Lepas tu apa yang tipikal mom and dad buat? Of course lah kan HAH! Buka wallet , tunggu kat cashier sambil budak yang melalak tadi terkedek-kedek bawa patung dia . Hilang semua air mata buaya dia . Bila besar , menyusahkan orang lain . Orang dapat A untuk exam dia pun sibuk nak . Mengadu kat mak ayah yang cikgu-cikgu tak pandai mengajar semua tu . Padahal dia yang kencang hu ha hu ha dengan member tak ingat dunia , tak ingat solat . Lepas tu mak ayah pun simpati , mula lah adegan serang cikgu kat sekolah . Cuba time dia kecik time dia bentak bentak tu mak ayah dia bagi setiap sorang penampar sulung kat pipi dia sampai terbentuk lambang body gloves . Gerenti bila besar , dia hidup tak menyusahkan orang , membanggakan mak ayah .

Okay dah lari topik . Sebenarnya aku nak cakap , aku fed up dengan budak-budak perangai macam tuuttttt tuuttttt tuttt tetttttt nie . Fed up okay . Kecil kecil kurang ajar , bila besar memang dah tak boleh ajar lah . Bila aku marah golongan yang tak berajar tu , aku kena lecture . Dikatakan suruh mengalah dengan budak-budak . Dikatakan lagi aku nie panas baran . Dikatakan lagi aku memekak . huk aloh . Time aku dulu ada ke yang mengalah ? Yang aku tau bila hanger dah hingap kat tangan kaki tu maknanya ada lah benda yang tak sepatutnya aku buat , aku buat . Yang aku tau , bila tali pinggang hingap kat belakang badan , maknanya adalah aku terkurang ajar .

Konklusi lah , aku fed up .

p/s : ada sesiapa nak adik tak? Characteristic : Lelaki , 11tahun , dan seperti disenaraikan di atas. . Kalu nak saya dengan ikhlas hati seikhlasnya bagi PERCUMA . tak kisah . simpan lah dia . Nak buat kuli ke , nak buat kuda ke , nak buat sup ke , , buat lah .

No comments:

Post a Comment