person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

27 April 2011

Suri Rumah Terdesak .

Hampir sebulan tiada bekalan internet . Aku tak nafi , 2 , 3 hari pertama aku merana . Nasib baik ada twitter boleh juga aku keep up dengan latest buzz dan meluahkan perasaan yang terpendam . Lepas seminggu aku dah tak heran . Aku sedar , bukan internet yang menentukan ajal aku . . 

Kalau dulu , balik sekolah 1:05pm / 1:40pm , aku akan terus pi angkut bakul kain dan cuci kain sekali pakej dengan menyidai . Sambil menunggu mesin basuh berusaha bersungguh-sungguh pusing kiri pusing kanan , aku akan mula mengisi perut agar buncit . Dah kenyang , brppp , Alhamdullilah , aku akan meneruskan kerja mencuci . Lepas habis menyidai bagai , terus zuupp zass zisss , aku berlari naik tangga sampai nyaris tersungkur , masuk bilik dan mengadap benda alah yang satu ni . Laptop. Sampai lah dekat nak maghrib . 

MasyaAllah teruk teruk . 
Tapi 3 minggu takde internet tu , aku ada hobi baru , menonton TV . haha . yes , bukanlah unik tapi aku rasa ia suatu perkara yang baru . LOL . dah lama tak tengok TV . 
I discover so much new shows . Nampak beno ketinggalan . Hoho . 

  • Desperate Housewives : Aku follow cerita nie dari season 1 lagi . Tapi bukan setiap episod aku ikut . hoho . sekarang tepat jam 3:50pm setiap Isnin-Khamis aku akan tercongok depan tv dengan channel 711 - Starworld .
  • Cougar Town : Seriously , kelakar . Aku suka sebab cerita dia santai . Fav so far lah .
  • GLEE : Okay , I know , SAYWHATT?! Fine aku admit . TER-suka lepas tengok satu episod yang Rachel dengan Puckerman nyanyi lagu Need You Now tu . Then konflik antara Quinn yang tak tau nak pilih siapa , Si Finn atau Sam . Enough , dah ter-suka nak buat apa .
Ouh , Aku suka hidup santai macam nie . :)

________________________________________________________________________

Countdown SPM dah nak memasuki Zon angka 1 . Faham bukan? Senang cerita esok tinggal 199 hari .
Yippee.

No comments:

Post a Comment