person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

01 May 2011

Coretan Hati .

"Macam mana Aina boleh tak cakap ek?"

"Aina tak bosan ke duduk statik je?"

"Kadang-kadang pelik juga Aina boleh duduk je tak cakap-cakap , mengadap buku"

"Hebat kot Aina diam je tak riuh-riuh"

"Kau senyum tapi kalau tatap betul-betul muka kau , kau nampak macam sunyi , sedih je"

Dah boleh kata acapkali juga lah orang keliling especially mereka yang sama sekolah dan sama kelas . 

Kadang-kadang lidah aku kelu sendiri taktau nak jawab apa , maka dengan itu hanya sebuah senyuman hambar yang tak tau keasliannya aku pancarkan sambil mengangguk menandakan aku okay . Hakikat sebenar?Entah lah wei , aku rasa kosong . Kosong sangat . 

Walaupun aku admit aku agak suka sebab tiap minggu kalau poket lebat , parents akan bawa jalan-jalan cari pasal uptown downtown motown semualah , but still , aku happy hanya pada moment tu . Dan walau macam mana aku paksa senyum atau gelak hakikatnya luaran je semua tu . 

Secara jujur lah kan , tiap kali kalau aku tengok gambar buddies baik kat Seri Iskandar baik kat Tanjung Malim and they're all smiling at the moment laughing , candids and all that , serious , aku jealous . Paling ketara kalau the Iskandarian . Aku selalu fikir , "If mama and Papa didn't force me to move , I might be with them enjoying the moment . I might be the another person in those photos that memories will last forever ." Selalu sangat . But haha , thing is , benda dah lepas , apa je yang aku boleh buat kan?

But then again , Im happy that they're happy . At least seeing the smile and the joy spread over their faces dah cukup buat aku senyum kecil . 

Statement yang dibold dan diitalic kat atas tu selalu sangat orang tanya . Haha . Ketara sangat ke?Tak tau lah . But one thing for sure , aku sendiri admit aku dah lain 720 darjah . Dua kali pusingan . Do the math .

Kalau dulu , aku kalau cakap , sampai hujung kelas boleh dengar . Banyak kali kena tegur habit volume tinggi. Sekarang? Kawan sebelah pun susah nak dengar suara . Kalau dulu , dalam kelas biologi aku banyak tanya . Aku still ingat , time Cikgu Azazura cerita pasal cacing pita dalam badan manusia , aku dengan selambanya angkat tangan "Cikgu , adakah cacing tu menyebabkan bantut?" . Sekarang dalam kelas bio aku lebih gemar menyepi seribu bahasa.Kalau dulu , time rehat , satu sekolah aku tawaf dengan best buds .Mulut mesti nak bersoseh-soseh tentang segalanya . Gosip sana sini . Sekarang? Haha , kalau tak kat surau , kau carilah aku kat lorong-lorong sempit sunyi . Biasanya aku duduk kat surau lepas beli roti coklat dari koperasi , aku duduk terceruk sorang-sorang kat tangga sambil ulangkaji sorang diri . Kalau dulu , time balik mesti aku kecoh dengan best buds . Ronggeng sana sini . Kadang-kadang stayback tak ingat rumah . Kat sini? haha , rumah yang paling aku suka . Oops , specifies sikit . MY ROOM is my fav place on earth.

Banyak lagi lah . Kalau nak senarai sampai pagi isnin tak habis . Pendek kata kalah perempuan melayu terakhir . Gelak pun tutup tutup cover . Cakap pun slow slow . ber awak-saya - kite . Kadang-kadang aku sendiri tergelak bila bayangkan sendiri perubahan diri sendiri . Tak sangka .

Sampai sekarang aku masih mencuba nak terima perpindahan nie. Alhamdullilah . Aku bersyukur kepada Allah S.W.T ,sebab dia bagi aku kekuatan nak tabah semua . 

Stay Strong . 2 patah perkataan tu lah yang aku sering conteng atas kertas ataupun tapak tangan . Setiap kali rasa nak breakdown , aku pandang balik ayat tu , aku akan nekad sendiri nak tempuh dugaan tu . 'A little bit longer and I'll be fine' . Aku selalu ingat ayat tu . Sikit je lagi dan semuanya akan okay .
Alhamdullilah 20% lagi genaplah 24% per 100% aku terima segalanya . InsyaAllah one day , aku akan belajar terima negeri kelahiran aku nie . ==''

Oh bercakap pasal pindah , aku nak buat kronologi sikit

Tadika Srimas , Melaka (1998-2000) ----> SK Gangsa , Melaka (2001 - 1/2 tahun 2002) ----> SK Batu Berendam , Melaka (1/2 tahun 2002-2003) ----> SK Nakhoda Mohd Taib , Lumut , Perak ( 2004 - 1/2 tahun 2005) ----> SK Methodist , Tanjung Malim , Perak (1/2 tahun 2005 - 2006) ----> SMK Khir Johari , Tanjung Malim , Perak (2007) ----> SMK Seri Iskandar , Seri Iskandar , Perak ( 2008-2010) ----> SMK Sg Kertas , Gombak , Selangor (2011)

Sedih . Takde satu tempat yang aku menetap yang betul betul menetap dan cipta memori . Waktu darjah tiga , hampir 2 bulan aku tak pergi sekolah atas sebab-sebab kesihatan . So , minus 2 bulan tu tak banyak pun memori aku kat sekolah rendah . Perhati betul-betul , tiap tahun aku tukar sekolah rendah . Tengok yang bold tu . The only school yang aku betul-betul stay for almost 2-3 years juga . Sebab tu perpindahan kali nie aku rasa susah sangat . The one place i hope to end my senior year , dah hai hai byebye lah kan?

Tiap kali aku fikir pasal pindah , aku mesti nak nangis . 
But im still grateful that im with my family . 

Okay bye , nak 'banjir' dah nie .

No comments:

Post a Comment