person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

15 May 2011

Macam Macam Dalam 1

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam dah lama tak update . Gelak HIHI sikit . Been busy with stuff and mid-term exam . Plus , im not really into that kind of mood to write . So , alang-alang sekarang nie mood tu aku seru seru . Baik kita bantai menaip panjang-panjang . hoho.

Semalam , pi shopping shopping uptown downtown motown town town lah kan . Then petang sikit tu singgah Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebab memang feverat  lah kan pasar malam tu . Memang dalam sebulan mesti ada dua tiga kali pergi . Memang meriah lah kan . Macam-macam jenis tudung , shawl , pashmina pelbagai colour dan juga pattern . Harga dia memang mampu lagi lah untuk budak-budak baru nak SPM macam aku nie .Makanan pula memang serious rambang mata woah woah lah kan .Tapi semalam satu family termasuk kakak sedara aku , yes sekarang my cousin sorang nie dikira family sebab dia menetap bersama saya dan keluarga untuk beberapa bulan demi practical dia sebagai guru , agree nak makan laksa . So daripada tempat parking nak ke kedai laksa tu memang terpaksa meredah lautan manusia . Agak traffic jam okay . Tapi adalah satu family nie aku agak bengang juga lah . Dia dah tau pasar malam tu ramai orang gila batak punya , boleh pula dia bawa baby stroller then kejap kejap berhenti tonggeng tonggeng bagi anak dia pegang belon lah , bagi itu lah bagi ini lah . Sumpah berbulu okay .Aku perhatikan keliling tengok ada juga yang bawa anak-anak kecil mereka . Tapi dorang semua dukung . Takde nak ber-stroller bagai .
Aish , pakcik makcik oi , sini bukannya pasar malam seri iskandar yang jalan-luas-sampai-bapak-gajah-nak-lalu-pun-boleh nak ber-stroller . Cuba prihatin sikit dekat orang lain yang claustrofobic macam saya nie . Jalan je berhenti jalan je berhenti . Tak ke lemas kena himpit depan belakang , kiri kanan? =='
The moral of the story : Prihatin dan peka lah sentiasa .

_________________________________________________________________________________________________________________

Hai friend of mine . If you are reading this , please terasa .
Awak awak , hamboi , online takda beriya tegur saya macam minggu minggu awak stress tu kan?Pandang sebelah mata je kalau bahagia . Awak , saya sedar , saya nie cuma kawan menangis bagi awak . Kawan suka gembira hu ha hu ha awak ada ramai lagi . Jujur , saya bangga sebab dipilih jadi kawan menangis awak , saya bangga sebab awak percayakan saya untuk kongsi semua masalah awak , minta nasihat saya . Tapi kan awak , salah ke kalau awak kongsi sikit kegembiraan awak tu dengan saya? Salah ke kalau awak tegur tegur saya? Bukanlah saya minta awak tegur berkepit 24/7 dengan saya . Tidak sama sekali , apa yang saya minta at least ada sekali awak tegur saya . Takkan asyik saya je nak tegur awak , hidupkan persahabatan kita sentiasa sedangkan awak? Sedih lah awak macam nie .Takkan lah sebab kita berjauhan awak lupakan saya? Awak cuma perlukan saya time susah je.Begitu? 4tahun okay awak perkotak-katikkan saya .Enough is enough lah.

_________________________________________________________________________________________________________________

Ouh semalam ada singgah Aeon 2 Setiawangsa . Short term dia , Jusco . Alaa , tempat rumah kaca Akademi Fantasia 9 tu?Motif singgah sana? Oh tidak . bukan kerana kami sekeluarga fanatil AF9 . Tidak-tidak tetapi kerana adik aku kepingin beno nak cari hadiah hari guru . Heh semangat . So alang-alang dah sampai tu kan , jenguk jenguk lah rumah kaca tersebut . Huk Aloh ==' . Serious der , macam rumah pameran  . Dah lah  tu kecik , terkurung . Aich tak faham . tak rimas ka?Then then , terkeluar satu soalan nie daripada mulut aku ,

Aku : Eh Aiza , cer tengok yang bilik gelap tu . Tandas kan?
Aiza : A'ah . Kenapa?
Aku : Mana dia punya perpaipan?Ke manakah najis najis tu pergi?
Aiza : uh , entahlah wei . A'ah lah .

Okay , seterusnya benda tu tinggal misteri .
Tapi serious ah , aku rasa nak campak batu je kat rumah kaca tu . Sebab? Aku memang tak boleh lah weh . Niat jahat tu memang tersemat baik punya .haha . Then kan , ku lihat banner banner yang berlambak kat tepi-tepi tu aku mula fikir , eh , 'deme nie takdak kerja ape duk lepak 5-6 jam semata-mata nak perhatikan dorang semua tu?' Waste of time sungguh . ish ish ish .
Singgah tempat arkib mainan tu . Aku ada mention kat post yang ini Skee-Ball . Sumpah memang senang terpengaruh wokeh kat sini . Habis dekat ehem ehem ringgit juga lah . Aku lost interest kat skee-ball , tapi aku addict kat game tembak-tembak .Pergh , aku main tu aku bayangkan muka insan yang aku kurang berkenan tu . DIE DIE DIE . hoh , orang keliling pandang ja tengok aku sampai level 6 tak mati-mati lagi . Pergh memang luah perasaan okay .


_________________________________________________________________________________________________________________
 
Ainina , stay strong wokeh , malam satgi aku calling-calling . Luah everything okay . EVERYTHING. Takmau pendam pendam . Farah , yay , you go girl . Teruskan semangat kau tu . Takmau down down okay .

_________________________________________________________________________________________________________________

HAI SAYA SAYANG ADIK SAMA NAMA DENGAN SAYA , MUAH MUAH ALA-ALA DATIN SIKIT lovelove .

_________________________________________________________________________________________________________________

MENI , AKU RINDU KAU GILA-GILA .

_________________________________________________________________________________________________________________

esok , 160511 . Selamat Hari Guru . Aku? Tak sambut kot . Nak duk rumah study addmath .Lagipun aku konfem kalau aku pergi aku jadi patung cendana yang sesat . Terpinggir jalan sorang-sorang . Tak nak .

_________________________________________________________________________________________________________________

Okaylah . Bye . tu je kot , report untuk sehari dua yang lepas . Byebye . Toodless xoxo . Miss me . Wish Me Luck :)


No comments:

Post a Comment