person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

12 June 2011

Cupid LOVE LOVE (Mini Story One Shot) Part 2

 z???? - Hi!
Nina : Ai - - - - -

_________________________________________________________________________________________

Melihatkan gerangan si lelaki , Nina gembira gila .

Nina : Ai- - yaaaaaaa MNM! Mana kau pergi selama nie . Sunyi je . Sampai hati kau tinggalkan aku melayan hati yang lara sorang diri . Tahcing ah 
MNM : Sorry , aku busy .

Tersengih si MNM menjawab persoalan sahabatnya Nina itu . Dalam diam dia mengharap .

Nina : Disebabkan kau dah lama tak jumpa aku , aku nak kau belanja aku Mekdiiiiiiiii

Lantas tangan si lelaki ditarik menuju ke restoran makanan segera itu . Ceria sahaja muka Nina kerana akhirnya , bertemu jua dengan sahabat karibnya itu .Namun apa yang tidak diketahui si jejaka mengeluh berat di dalam hati .
Sesampai sahaja di restoran makanan barat yang terkenal itu segera Nina mengatur langkah ke kaunter .

The Cashier : Selamat datang . Bungkus atau makan sini?
Nina : Makan sini .

Si pelayan mengukir senyuman sambil mengatur dulang.

The Cashier : Ordernya?

Tanpa melihat menu pantas Nina mencantas kata-kata si pelayan

Nina : Double Big Mac satu . Bubur Ayam satu . Fries large dua . Lepas tu saya nak McFlurry Oreo tu satu . Lepas tu double cheeseburger satu . Then saya nak Flavour Twist Strawberry satu and . . .
MNM : Ehem . asyik kau je order . Aku pula .
Nina : Mana boleh ! Aku tak habis order lagi lah!

Berlaku lah adegan tolak menolak . Si pelayan di kaunter hanya mampu tersenyum menahan tawa melihatkan kedua sahabat itu . Dalam hati , si pelayan berteka-teki samada mereka itu ada hubungan istimewa . Namun , siapalah dia untuk ambil tahu hal pelanggan . Oleh itu berdiam diri merupakan jalan yang terbaik .

Nina : And saya nak nugget yang 6 ketul tu .
The Cashier : Itu sahaja?

Mengganguk tanda faham , lantas pada ketika itu pantas tangan si pelayan menyiapkan hidangan yang dipesan .Selepas semuanya siap terletak di atas dulang , mengukir senyuman yang paling manis , si pelayan mula berbicara .

The Cashier : Okay . Semuanya . . .

Tanpa sempat menghabiskan bicara kata , Nina pantas mengangkat dulang yang sarat dengan makanan .

Nina : DIA YANG BAYAR!

Menuding jari kepada MNM dan terus berlalu pergi dengan sengihan 'famous'nya itu . MNM tercengang melihat angka di mesin duit itu dan menjeling sekilas kepada Nina yang kini sudah mula menyantap burgernya .Namun mengenangkan kesilapan dirinya yang menyepikan diri sekian lama , dia akur dalam terpaksa . Not 50 dikeluarkan daripada wallet berjenama miliknya lalu dihulurkan kepada si pelayan . Baki pulangan dipandang sepi . Lantas syiling-syiling ditangan dimasukkan ke tabung yang terletak di tepi kaunter . Langkah dituju ke arah Nina . Mengambil tempat yang berhadapan dengan Nina .


Wajah gadis merangkap sahabat baiknya itu ditenung . Dalam hati mula menimbulkan getar perasaan yang sama . Belum puas melihat wajah mulus itu , MNM ditegur . . .

Nina : Kau apahal doe?

Tegur Nina dengan pipi kembung bagaikan hamster mengunyah makanan.

MNM : Kau tu gelojoh sangat . Kau makan ke melantak?

Kata MNM cuba menutup malu kerana perlakuannya 'tertangkap' . Nina tersengih menunjukkan baris baris giginya yang putih , sambil menghulurkan sekotak kentang goreng .

MNM : Ha! ingat kan nak lahap sorang tadi .

Pantas jejari tak seberapa runcing itu mencapai seketul kentang goreng . Pantas mulut melebar mengunyah .Nina hanya tersenyum dan meneruskan 'lahapannya'

MNM : Kau pe cer dengan Aizat kesayangan kau tu?

MNM bertanya . Sekaligus mengutuk diri sendiri dalam diam . Mendengar akan nama keramat tersebut , Nina pantas merasakan seleranya putus .  Big Mac separuh habis diletakkan semula di dalam kotaknya . Pandangan pantas ditebar ke luar tingkap . Tanpa pengetahuan sesiapa , si gadis cuba memujuk hati yang sayu .

Nina : Kitorang dah . . ehem . . break .

Bagaikan ada batu tersekat di kerongkong saat Nina meluahkan kata-kata tersebut . Pantas hujung lengan baju ditarik panjang dan menyeka titis-titis air yang bertapak di tubir mata.

MNM : Nina . . . Im sorry . I dont know . So kau macam mana? Okay tak?

Terbit rasa kesal dalam diri MNM saat melihatkan merah padam muka sahabatnya itu menahan tangis . Pantas beralih tempat duduk ke sebelah sahabat perempuannya itu .

MNM : Need a shoulder?

Tanpa perlu ditanya kali kedua , pantas Nina merebah kan dahi ke bahu MNM lantas menghamburkan segala yang terpendam . Bahu si gadis ditepuk perlahan oleh MNM  . 

MNM : Let it all out . Let it all out
Nina : I lo-- love him . you know . so much .

Di genggam erat baju si jejaka tanda si gadis benar benar meluahkan perit di dada yang dipendam sekian lama . Oleh kerana waktu itu merupakan waktu bekerja , maka lenggang lah restoran makanan segera itu . Peluang diambil sepenuhnya oleh Nina untuk melepaskan tangis . 
Selepas hampir setengah jam , Nina mula mengangkat muka daripada bahu MNM .Terbukti dia benar-benar patah hati , pabila matanya yang dulunya bulat , kini sepet kerana bengkak after all that crying .

MNM : Nina I've got something to say .

Dengan nafas yang panjang ditarik , MNM mula membuka mulut . . . . . . . . 

To Be Continued

No comments:

Post a Comment