person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

10 July 2011

Cupid LOVE LOVE (Mini Story One Shot) Part 3



MNM : Need a shoulder?

Tanpa perlu ditanya kali kedua , pantas Nina merebah kan dahi ke bahu MNM lantas menghamburkan segala yang terpendam . Bahu si gadis ditepuk perlahan oleh MNM  . 

MNM : Let it all out . Let it all out
Nina : I lo-- love him . you know . so much .

Di genggam erat baju si jejaka tanda si gadis benar benar meluahkan perit di dada yang dipendam sekian lama . Oleh kerana waktu itu merupakan waktu bekerja , maka lenggang lah restoran makanan segera itu . Peluang diambil sepenuhnya oleh Nina untuk melepaskan tangis . 
Selepas hampir setengah jam , Nina mula mengangkat muka daripada bahu MNM .Terbukti dia benar-benar patah hati , pabila matanya yang dulunya bulat , kini sepet kerana bengkak after all that crying .

MNM : Nina I've got something to say .

Dengan nafas yang panjang ditarik , MNM mula membuka mulut . . . . . . . . 



____________________________________________________________________________________________


MNM membuka mulut , cuba memulakan bicara . Minda si jejaka ligat memikirkan kata-kata yang sesuai dituturkan


MNM : Aku . . err . . 


Nina setia menunggu kata-kata sahabatnya itu . Senyuman nipis dihadiahkan kepada si lelaki . Bagai memberi isyarat kepada sang sahabat agar meluahkan apa yang terbuku di hati lelakinya itu.


MNM : Aku . . . suk- suka . . .


Tergagap-gagap MNM cuba meluahkan apa yang dirasai .


Nina : Kau suka apa?
MNM : Aku suka kau . . . . . . . . 


Bagai terhenti pusingan bumi saat MNM meluahkan kata-kata keramat tersebut .


MNM : Aku suka kau  . . . . . . pakai tudung merah . 


Menutup rasa malu yang menebal dalam diri , MNM pantas mencari alasan lain .


Nina : HAHA . Apa lah kau nie . Aku ingatkan kau nak cakap Barrack Obama contact kau melalui facebook ke apa . Kecoh ah . Oh and aku tau aku awesome in red .


Melebar senyuma  Nina . Sedikit sebanyak perangai sahabatnya yang pelik itu mengubat duka di hati . Lantas sahabat yang dikenali dari alam maya berbulan lepas melintas di ruang kepala .


Nina : Weh weh weh . MNM , kau percaya cupid ?


Membuntang mata MNM sebelum menghamburkan gelak berdekah-dekah . 


Nina : Woi , apasal kau gelak . serious lah wehh!
MNM : Takde ah . Soalan kau macam kindergarden punya soalan . Mana tak aku gelak . Cupid huh?


Tanya MNM semula sambil mulut ligat mengunyah kentang goreng . Nina pula hanya mengangguk dan meneruskan ceritanya


Nina : Yelah . Kau tau tak aku ada kenal satu cupid nie kan facebook . Dia kata dia nak main matchmaker . Carikan aku lelaki baru . Tapi hampeh , dia kata aku akan jumpa "true love" aku harini . Takdak pun . Balik nie mau aku bom dia .


Bersungguh-sungguh Nina bercerita , dengan bantuan tangan dan mimik mukanya yang menambahkan lagi ke-tragisan cerita dia dan sang cupid . MNM setia mendengar sambil tangan ligat memasukkan kentang-kentang goreng ke dalam mulut .


Nina : So begitulah ceritanya . Kau rasa apa maksudnya tu?
MNM : Entah lah weh. Kau rasa? 
Nina : Aku tanya kau , kau soal aku balik . 


Pantas Nina mencalit sedikit sos ke dahi MNM . Mengekek Nina melihat wajah MNM yang sudah kelat itu . Pantas tisu di sebelah dicapai MNM dan lantas juga dia mengelap dahinya . Selepas hampir 3 jam , dua sahabat baik itu membuat keputusan untuk pulang . Malah , pekerja-pekerja di restoran segera itu turut memandang sinis apabila dua sahabat itu mula bangkit dari duduk . 


Pekerja 1 : Hai , balik juga . ingatkan nak tinggal je kat sini . 


Perli salah seorang pekerja berbaju merah itu dalam nada yang perlahan . Namun , setiap butir kata didengari oleh Nina . Almaklumlah , telinga si gadis dagu tetak ini mengalahkan telinga kucing . Terlampau peka . Lantas lengan sahabat lelakinya itu dipaut manja . 


Nina : Sayangg , nanti kita kahwin , I nak you beli franchise ni ya . I nak tinggal kat sini , boleh makan Big Mac hari hari . Beranak-pinak kat sini . Orang gaji you tak payah susah-susah cari . I nak yang tu . Muka comel dah . Boleh cuci pampers anak-anak kita kan sayang . 


Jari telunjuknya diarahkan kepada pekerja 1 tadi . Lantas dengan gaya manja yan dibuat dibuat dia melentokkan kepalanya ke bahu MNM . Senyuman sinis dilemparkan ke pekerja 1 . MNM yang betul-betul keliru dengan perlakuan Nina hanya memandang pelik . Nina terus berjalan keluar . MNM turut serta
Sampai di luar restoran makanan segera itu , terbahak-bahak Nina menghamburkan gelak tawanya . MNM sekali lagi memandang pelik .


MNM : Apa yang kelakar doe?
Nina : Muka perempuan tu lah . Speechless gila tau . Thanks lah weh sebab jadi mangsa lakonan aku .


Tersengih sumbing Nina . MNM hanya tersenyum nipis .


MNM : No big deal . Okay lah , kau balik naik apa nie?


Menunjukkan baris-baris giginya , Nina mula tersenyum-senyum


MNM : Dah dah , tak payah kau nak buat iklan ubat gigi Darlie kat sini . Jom aku hantar . 
Nina : EHHHH , COP .


MNM yang mula membuka langkah ke tempat letak kereta , mematahkan niatnya selepas mendengar bantahan Nina


MNM : Apa doe?


Berjalan menghampiri MNM , Nina pantas merapatkan bibirnya ke telinga sahabatnya itu . 


Nina : Bukan Darlie , tapi . . . . . . . KODOMO LION !!



Melontarkan suara dalam pitching yang paling tinggi untuk perkataan yang terakhir itu , membuatkan MNM cepat memegang telinganya . 


MNM : WOI! BINGIT LAH .


Namun , Nina telah pun berlari ke kereta MNM . MNM hanya menggeleng melihat perilaku sahabatnya itu . 
Dia terus berjalan dan hantar Nina pulang .






__________________________________________________________________________________


Okay , lepas ni last part . 
Aku post yang nie dulu , sebab lepas ditilik , panjang sangat lah pulak plus , aku dah ter-mix up dengan cerita lain -.- .
So esok aku post part last okay . Terima Kasih .

No comments:

Post a Comment