Amni : Astaghfirullahal'azim . Macam mana boleh terlelap nie .
Terus sahaja dia melangkah ke bilik air bagi mengambil wudhu' dan menyempurnakan solat asar. Usai solat , Amni duduk berteleku di atas tikar sejadah dan memandang ke arah barang-barang hantaran di hujung bilik . Ya , esok merupakan tarikh keramat buat dirinya kerana dia bakal menjadi isteri kepada seorang lelaki .
Deruan angin yang datang dari arah tingkap biliknya itu , membawanya kembali kepada memori silam .
FLASHBACK
Kedengaran tawa budak budak lelaki yang berusia 10 ke 11 tahun beserta tangisan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun .
Amni : Jangan lah kacau kita .
Jerit si kecil.Tapi apalah sangat suara kecilnya itu mampu buat bagi menghalang daripada dia dibuli . Rambutnya yang diikat satu ditarik kasar oleh salah seorang daripada budak lelaki itu .
???? : Lepaskan dia
Jerit seorang budak lelaki sambil memegang batu batu kecil seakan-akan mengugut untuk membalingnya . Apabila jeritannya tidak dipedulikan , lantas batu batu tersebut dicampak membuatkan si pembuli-pembuli lari bertempiaran . Langkah dibuat menuju ke budak perempuan yang ketika itu sudah berpeluk lutut menangis .
???? : Dah dah dah , dorang takkan kacau awak dah .
Budak lelaki tersebut mengusap lembut perlahan si kecil itu bagi melegakan perasaan si dia . Kanak-kanak perempuan tersebut hanya mengangguk sambil memandang si lelaki dengan mata yang sembap .
???? : Hai , nama kita KC .
Si hero kecil memperkenalkan diri sambil tersenyum menunjukkan baris-baris gigi depannya yang tidak penuh itu .
Amni : Nama saya Amni .
Budak perempuan yang bermata sembap itu tersenyum dengan riangnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam . Hulurannya bersambut dan dari situ bermulalah satu persahabatan yang mustahil untuk dipisahkan .
PRESENT TIME
Telekung di kepala ditanggalkan dan dengan hemat dan dilipat kemas . Dia beralih ke meja soleknya . Duduk dihadapan cermin , Amni menilik wajahnya sendiri . Namun pandangannya berkalih pula ke model kapal terbang mini M.A.S yang teguh di tepi alat soleknya . Senyuman nipis terukir di bibir mungilnya sambil dia terkenangkan kenangan silam .
FLASHBACK
Amni : Takutnya wehh .
KC : Eleh kau , muka je comel tapi penakut .
Amni : Apa kena mengena muka comel dengan naik kapal terbang?
KC : Yelah , muka kau comel sebab lemak lemak di pipi , kalau jadi apa-apa nanti kau boleh protect aku pakai super pipi kau tu .
Berdekah-dekah KC gelak , menyebabkan dia menerima satu tumbukan padu di bahu oleh sahabat karibnya itu . Muncung sedepa Amni apabila dia diperli sebegitu rupa .
KC : Alaa , rilek lah weh , apa-apa jadi aku ada kat sini okay . Aku tak pergi mana-mana , aku duk diam diam macam tunggul kat sebelah kau nie .
KC cuba menenangkan Amni di sebelah . Amni hanya tersenyum dan mengangguk . Kepala disandarkan di kerusi kapal terbang itu sambil matanya dipejam kuat dan mulutnya berkumat-kamit tentang perkara yang hanya dia sahaja yang tau .
KC dan Amni masing masing berumur 20 dan 19 tahun dan kedua-dua mereka akan melanjutkan pelajaran ke Oxford University , London dimana KC akan meneruskan pengajiannya dalam bidang kedoktoran manakala Amni dalam bidang kejuteraan . Ketika itu merupakan saat pertama Amni menaiki kapal terbang . Perasaan gugup tidak dapat diselindungkan .
Flight Attendant : Please buckle your seatbelt , we are about to take off . Thank You . Sila pasangkan tali pinggang duduk anda , kita bakal berlepas sebentar nanti . Terima Kasih
Umum si pramugari , namun , tanpa disuruh pun Amni awal-awal lagi sudah lekatkan tali pinggang kerusinya itu . KC hanya menggeleng sambil tersenyum . Saat kapal terbang mula bergerak terbang membelah awan biru , Amni tanpa sedar memeluk lengan KC dengan eratnya . KC yang awalnya terkejut dengan perlakuan Amni itu hanya membiarkannya , dia turut memegang erat jari jemari Amni bagai memberikan semangat. 10 minit kemudian , setelah kapal terbang tersebut stabil , KC mula menguraikan pelukan di lengannya sambil menampar lembut pipi Amni
KC : Dah lah tu , buka mata kau tu , dah okay dah ni .
Amni : (buka sebelah mata sahaja) Kau sure?
KC : Betullah .
Menghembuskan nafas lega , Amni menebarkan pandangan ke luar tingkap . Keterujaannya terselah apabila membulat matanya yang sepet itu melihat keindahan dunia daripada atas . Sekaligus dia membiarkan KC berseorangan . KC pantas mencuit pinggang Amni , tahu bahawa Amni sangat sensitif di bahagian situ . Amni mengalih pandangan .
Amni : Jangan main pinggang lah der .
KC : (jelir lidah)
Amni : Budak-budak
KC : Cengeng
Amni : Tak matang
KC : Cry Baby
Amni : Muka apek celup
KC : Muka amoi celup
Amni : Dahi lebar
KC : Mata kecik .
Amni : (jelir lidah)
KC : (jelir lidah juga)
Pramugari yang berjalan berhampiran hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum dan berbisik ke dirinya sendiri
Pramugari : Ahh , pasangan muda bahagia dilamun cinta .
Namun KC dan Amni terdengar bisikan si pramugari hanya gelak sambil memandang sama sendiri . Sesungguhnya mereka bukanlah pasangan kekasih .
No comments:
Post a Comment