person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

15 October 2011

Tik Tock Tick Tock


The clock is ticking tick tock tick tock . . . . 
Macam kejap je kan dah tinggal 30 hari je lagi nak SPM . Macam tak lama je lagi nak tutup buku sekolah . Nak tutup buku sebagai pelajar sekolah yang aku pegang selama 14 tahun (termasuk tadika masa umur 4 tahun) . Pelbagai coretan dalam buku tu . Ada yang baik , ada yang buruk . 
14 tahun dan 9 sekolah . That's a pretty damn new record in the family . Oh well , semua yang terjadi ada sebabnya kan?

30 hari lagi . Lepas ni ambil segala latihan , buku rujukan  , nota-nota , pen pen pelbagai warna , bawa masuk bilik , kunci pintu dan mula selerakkan buku atas katil , bawah katil , atas lantai , atas laptop , tepi tingkap , tersangkut kat cermin  melekat kat dinding . Mula crampkan otak 24/7 dengan last minute study 9 subjek yang boleh dikategorikan sebagai pembunuh . Ya , pembunuh masa depan kalau tak berjaya dengan cemerlang .Bila mama jerit panggil turun makan , jerit balik kata tak lapar . Bila papa umpan ajak pergi Tutti Frutti , cakap dengan papa kata , bungkus 8 cup besar . Setiap cup perisa berbeza dengan topping setiap satu berbeza . Bila adik ketuk ketuk pintu bilik suruh ajar dia matematik , buka pintu dan ketuk balik kepala dia cakap "BANGANG YANG KAU TAK DENGAR CIKGU AJAR APAHAL?!" , bila kucing kucing buat koir depan pintu bilik minta diberi makan , disebalik pintu buat bunyi anjing halau deme jauh jauh . 

Okay , nampak keterlaluan . Hiperbola melampau apabila atom atom oxygen tidak dapat disedut untuk membekalkan oxygen kepada haemoglobin yang membawa darah ke seluruh badan dan particle 2 hydrogen 1 oxygen tidak kelihatan dimana-mana ruang bilik kerana terlampau sibuk menelaah sehinggakan lupa untuk bernafas dan membekalkan nutrient secukupnya kepada badan . Nasib baik tak lupa mengerjakan ibadah kewajipan sehari semalam . 

Kay , sekali lagi , merapu . Penangan SPM lerrr niee.

About 6 weeks yang tinggal nie , imma do some really intensive exercises . So meaning , takdak lah kut nak update update dah nie . Facebook maybe on 10 - 15 minit je . So apa apa hal , sila lah hubungi di nombor 01-54-4-4- . HAHA . Nahh , yang tau nombor tu , just , call me beep me if you wanna reach me . hee .

Doakan aku berjaya untuk SPM ini . 
Terima Kasih . Assalamualaikum

Till then 
xoxo Aina Nadia

1 comment: