person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

11 November 2011

Restu Guru .

Pagi tadi lepas bacaan Ya'asin , ada sedikit . . . kay tipu , ada taklimat yang sangat panjang daripada guru-guru tentang SPM minggu depan . Lepas dah hampir sejam lebih taklimat yang menyebabkan cramp di buttocks , ada majlis restu guru yang cukup pendek . Yes sangat pendek . Ada wakil cikgu yang baca kan sebuah ikrar restu mewakili semua guru-guru then ada wakil pelajar yang baca ikrar terima restu tu . Then , cikgu bagi pelepasan untuk pergi mohon maaf dan mohon restu serta doa daripada setiap guru .

So bermula lah aktiviti tawaf satu sekolah .

Mula mula sekali nampak Cikgu Ghazali , minta maaf lah semua . Cikgu kata dia akan doakan kami semua . Terharu . Then bila the classmates salam Cikgu Aznam , time tu tiba-tiba aku nak nangis sangat sangat . Sebab apa? Sebab cikgu Aznam tu pernah mengajar dorang tahun lepas . In fact , memang dorang semua familiar dengan cikgu cikgu kat sekolah tu . Serious awkward gila kut aku berdiri depan cikgu senyum senyum angguk angguk je dengar cakap cikgu . Cikgu tu pula sebut nama sorang-sorang . Sampai kat aku? I feel a little bit left out . Okay takpe , aku buat tak tau je . Yang penting restu tu .

Then mula lah bergerak ke bilik guru . Salam dengan Teacher Selvi , okay yang ini aku tak feeling apa-apa sangat just senyum je dan minta maaf seikhlas hati . Then Cikgu Asyikin Zaki . Tunggu turn jugalah . Haa , kat cikgu nie , aku cakap serious , gila sebak . Sebab cikgu pun nampak sayu gila , ada sekali aku ternampak cikgu lap air mata . Woah , bergenang . Tiba-tiba kan aku teringat cikgu cikgu Seri Iskandar . Bertambah bergenang lah kan . Inhale Exhale banyak banyak kali juga kut . Salam cikgu , then , boleh pula cikgu pesan , "Aina , Jumaat depan datang ek , ada kelas kimia" haha , adeh moment ruiner betul . :')

Next , Cikgu Azhar merangkap guru kelas . Haa , yang cikgu ni aku teruja sebab . . . dapat slip peperiksaan  . haha .

Memang time tu seboleh-bolehnya , aku elak taknak fikir pasal cikgu-cikgu Seri Iskandar sangat sebab , yeah , mau menangis aku karang .
Tapi tiba-tiba , bila time dorang semua nak salam Cikgu Sakinah , Hazirah cakap macam nie " Eh Aina , takde tahun lepas dengan cikgu ni "

PERGH , MERUNTUN JIWA SIOT AYAT HAZIRAH.
Terus aku nak jauhkan diri . Azrina nampak kut aku sebak , terus dia bagi ayat memujuk "Eh Aina , sekali lah , takpe"
Senyuman plastik aku bagi , then terus tunggu luar . Ambil angin .

Betapa rindunya aku denga Seri Iskandar .
Then lepas salam salam cikgu cikgu yang lain , naik kelas .
Aku duduk diam diam dan err , biarkan empangan mata pecah .

Kay , takpe yang penting sekarang , Cikgu-cikgu sini semua dah restu . Amin .

No comments:

Post a Comment