person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

06 January 2012

Junior Ter-Gedik , Aidil

Hai budak masih sekolah . haha. kfine aku nak post kata-kata jiwang ni. Kau suka ke , tak suka ke , kau kena baca . Sampai habis . Ada aku kisah kau nak ke taknak . Kalau kau tak baca sampai habis akan aku baling batu lesung dari Selangor nie sampai ke Perak nun jauhnya .

Kay , kan aku dah kata tak payah nak risau sangat pasal result haritu . See , kau dapat tawaran juga kan? Lagi untung bila ramai member iskandarian pun dapat sama kan? But here's the thing , jangan lah kau letak harapan yang terlampau tinggi bahawa kau dengan kawan-kawan yang lain tu bila dah sampai sana akan terus kekal macam mana dekatnya korang kat Seri Iskandar . Mungkin dalam dua tiga bulan korang akan still rapat sebab suasana sekolah lain kan korang tak biasa . Plus kehidupan asrama yang memang hectic gila ah kan . But nanti bila masing-masing dah explore macam-macam , jumpa ramai orang banyak ragam , maybe , korang akan berpecah dengan haluan masing-masing . Okay , mungkin benda ni boleh terjadi , mungkin juga tak . Just ingat , walau dimana kau berada , hebat macam mana pun kau , dekat puncak mana sekalipun , jangan pernah kau lupa siapa diri kau sebenar . Siapa member-member yang bantu kau time kau susah . Member-member ketawa yang akan nangis sama dengan kau bila kau susah .
Banyak dah sangat kes bila student nie dapat masuk sekolah asrama , dia lupa kat member yang sekolah biasa ni . So aku harap sangat kau jangan jadi macam tu . Tak bermakna kau dah jadi budak BRASH , kau kena bergaul dengan BRASHIAN je .

Kau sekarang dah form 4 kan ? Berdasarkan pengalaman aku , bangga nie dah tak sekolah hahaha , jangan kau terlampau relax sangat . Sekarang bukan masa honeymoon . Nak honeymoon lepas SPM . Kau kena start study study dari sekarang . Supaya tak susah nak catch-up tahun depan . Tapi janganlah study study sampai naik gila . Sekali sekala nak enjoy , fly sana sini , okay ah . Tapi jangan jadi hobi plak . haha .  Aku takut kalau kau push sangat , boleh gugur rambut ouh . Jangan sampai the next time aku jumpa kau aku gelak berdekah-dekah sambil panggil kau Aidil botak . HAHAHAHAHA. kfine terbayang . lawak. haha .
Homework jangan bertangguh . Jujur aku cakap , tak best woahh bila kau gelabah tak tentu pasal nak siapkan homework tu .

Jaga kesihatan . Jangan cari pasal dengan orang . Apa-apa hal kau ada ramai yang boleh bantu kan ? Aku pun ada je . Beep Beep je ..

Jujur , aku akan rindu kau . KAY BANGGA CEPAT . haha . Sebab kau lah satu-satunya junior yang faham aku kan , satu-satunya junior yang aku selesa nak luahkan macam-macam . Junior yang paling gedik ah aku cakap . haha . Akan aku rindu nak merapu dengan kau , review wrestling sama-sama . Usik kau dengan FL kau . Main kejar kejar dengan kau . Baling tepung kat kau . Belanja kau KFC. Macam-macam lagi ah T^T .

Jaga diri kay Aidil . Kejar cita-cita kau .

Forever your cute , tall , taller , senior :3 ,
Aina Nadia

No comments:

Post a Comment