person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

25 February 2012

When Two Different Worlds . . . Collide (Episode 3)

Izzie melentokkan kepala ke dada kekasih 9 bulannya itu . Rambut paras bahunya dielus lembut oleh Jae . Alunan muzik yang menenangkan dimainkan berulang kali . Pasangan kekasih itu baring diatas katil king size milik Izzie dan hanya cuddle sepanjang malam .

"Sayang , I've got something to tell you" Jae memulakan bicara memecahkan kesunyian antara mereka . Izzie mengangkat kepala dari dada bidang Jae dan melihat buah hatinya itu dengan pandangan kasih yang menggebu . "Yes? What is it dear?" Izzie menyoal . Sabar menanti perihal yang bakal dikhabarkan . Jae menukar posisi . Dia duduk sambil menyandarkan belakang ke kepala katil . Pantas pinggang cinta hatinya itu dipaut dalam satu pelukan yang erat . Izzie dengan manjanya melentokkan kepala ke bahu Jae . Pantas Jae mengucup lembut kepala gadis kesayangannya itu .

"I love you so much . You know that right?" Izzie hanya angguk perlahan sambil bibir menguntumkan senyuman seribu makna . Jarinya mula mengelus-ngelus dada Jae yang bidang itu . Jae mengeratkan lagi pelukan . Kepalanya direbahkan di bahu Izzie . "Whats wrong baby?" Izzie yang mula menghidu keanehan kekasihnya itu mula menyoal . Kepala diangkat supaya mata mereka bertentangan .

"I kena pergi ke Estrella untuk 7 months - - -" belum sempat Jae menghabiskan kata-katanya , Izzie pantas melenting . "WHAT?! ESTRELLA?!! For what? " Bercekak pinggang ala-ala mak tiri cinderella. Matanya dijegilkan bulat ke arah Jae . Jae hanya memandang redup

"Chill sayang . Its not that big of deal . Its just that I need to do some country bonding with Estrella . More like diplomatic stuff so that next time Phoenix boleh bekerjasama dengan Estrella untuk anything . So I need that 7 months untuk bond dengan Ashbid , Zufee and most importantly Nadia because she's next on the throne ." Berbulu Izzy tatkala mendengar nama Nadia yang tidak terkecuali . Jiwa muda mula membentak
"Why Estrella?! Why not here? Why not Xiathra?" Izzy menyoal dengan pandangan memanah.Otak mula berteka-teki , apakah agenda Jae sebenarnya. "Bukan I tak nak , but no offence baby , Xiathra is not . . . how do I say this . . not big enough " Jae mula berhati-hati mengatur bicara . Dia tidak mahu menjolok sarang tebuan . "What do you mean NOT big enough?" Menekankan perkataan NOT itu , Izzy mula merasakan bahang perbualan mereka .

Jae pula sebaliknya merasakan bual bicara yang melibatkan dirinya ini merupakan suatu yang sia sia . Apa yang dia inginkan hanyalah duduk dan cuddle sepanjang malam bersama kekasih hatinya .  "Izzy honey , listen , not many people in the entire planet have ever heard about Xiathra . Unlike Estrella . Estrella is huge . Dorang ada kewangan , barisan tentera yang kukuh . So if anything happen to Phoenix , I know that Estrella could help" panjang lebar Jae menerangkan perkara yang satu itu .
Izzy mendengus kuat . "Macamlah Xiathra tak boleh bantu Phoenix" 
"I doubt that baby . Xiathra is smaller than phoenix . Plus Xiathra pun masih lemah dari segi pertahanan negara . Macam mana I nak tidur malam lena andai kata I pilih Xiathra untuk back-up Phoenix if anything happens . You understand me right baby?" Jae mula menggunakan nada memujuk setelah melihat wajah sugul buah hatinya itu . Izzy ingin berdebat lagi namun Jae bijak memintas . "Baby , please . I dont wanna fight with you tonight . I just wanna enjoy every seconds tonight before I bertolak ke Estrella tulat ." Pinggang Izzy diraih dan dipaut rapat ke tubuhnya . Pantas dahi Izzy dikucup lembut . Izzy cuba berlagak tegang namun dia tak dapat menafikan hakikat bahawa hatinya cair bila dimanjakan sebegitu oleh Jae . Izzy membuat keputusan untuk melupakan pertengkaran mereka , kerana Jae merupakan pemerintah Phoenix and he knows the best for his country .

Malam itu Jae dan Izzy hanyut dalam lautan kasih sayang mereka . Mereka berbual dan bergelak tawa sepanjang malam . Tidak sedetik pun Jae melepaskan Izzy daripada dakapan dan Izzy tidak merasakan keperluan untuk merungut tentangnya . Namun sedang mereka hanyut di dalam mata masing-masing , ada sepasang mata yang memerhati dari jauh dengan kesebalan di hati yang menebal .

"Someday .  . . . " bisik perlahan si pengendap .

Keadaan di Istana negara Estrella masih penuh dengan ketegangan , hiba dan juga sendu . Masing-masing cuba melupuskan tentang kebarangkalian yang menimpa Nadia . But , who are they kidding . Sudah lapan jam berlalu dan masih tiada khabar berita tentang keadaan puteri tunggal Estrella itu .

Mata sembab jelas kelihatan di setiap raut wajah penghuni istana itu . "Sayang , pergilah berehat . Im worry that you'll get sick" pujuk Ashbid lembut . Risau dirinya melihat isteri kesayangannya menangis tidak henti sejak tadi .  Zufee menggeleng . "How can I sleep when our daughter is somewhere out there with god knows who" makin kuat tangis Zufee . Naluri keibuannya mula meruntun hiba mengenangkan sekiranya sesuatu yang buruk menimpa anak tunggalnya itu .

"Comel , you need some rest" kedengaran di suatu sudut Hakim pula memujuk isteri kesayangannya untuk berehat . Bimbang keletihan yang dilalui Nini akan menjejaskan kandungannya . Iyalah , pada bulan ketiga kehamilan merupakan bulan kritikal yang harus diberikan perhatian penuh . Nini melentokkan kepala ke dada suaminya apabila merasakan dirinya diangkat ala-ala bridal . Hakim berjalan menujuk ke Ashbid dan Zufee . Pautan di tubuh Nini dikemaskan . "Uncle , auntie , Hakim nak bawa Nini berehat . Dah jauh malam nie . Hakim takut dia jatuh sakit nanti " Zufee mengangguk tanda memahami "Pergilah Hakim . Pick any room that will make you guys comfy . Kalau nak apa-apa , panggil sahaja Tina pembantu Nadia" Hakim hanya tersenyum lemah . "Sure . Will do Aunt Zufee . Hakim doakan Nadia tak apa-apa and she'll be back before we know it" dengan itu Hakim mula berjalan menuju bilik yang dikhaskan untuk Nini.

Sesampai sahaja di bilik , barulah Hakim perasan yang Nini sedang nyenyak berlayar di alam mimpi . Dengan perlahan dia membaringkan isterinya di atas katil empuk yang berhiaskan cadar berwarna kuning cair itu . Selimut dihujung kaki Nini pantas Hakim tari sekaligus menyelimutkan isterinya itu . Saki baki dan sisa air mata yang melekat di pipi gebu Nini disapu lembut oleh jari Hakim , pantas bibir mungil milik isterinya dikucup lembut .

Selepas selesai membersihkan diri , Hakim yang hanya berseluar pendek dan ber-tshirt putih , melangkah keluar ke balkoni bilik . Kepala pantas didongakkan melihat kepekatan malam . Bintang-bintang yang bersinar dipandang lama . Namun lamunan terhenti apabila telefon bimbit miliknya berbunyi . Melihatkan ID si pemanggil , Hakim tanpa berlengah menjawab . "Ya , Nini dengan Hakim okay je kat sini . Hows Portulla daddy?" Malhiki di hujung talian hanya mendengus kecil . "Tidak perlulah Hakim risaukan Portulla . Daddy akan uruskan negara untuk seminggu dua ini . Take care of Nini ." Hakim mengangguk meskipun menyedari hakikat yang ayah mertuanya itu tidak dapat melihatnya .Perbualan mereka berlanjutan sehingga 15 minit lamanya . Tekun Hakim mendengar setiap butir . Kadangkala bual mereka diselang-seli dengan gelak tawa . "Send my regards to Ashbid and Zufee kay" selepas  mengucapkan selamat tinggal kedua-duanya menamatkan perbualan di telefon . Hakim menarik nafas lega.

"Cik husband , what are you doing?" soal Nini yang mula berjalan perlahan ke arah suaminya . Terpisat-pisat matanya menahan kantuk . Hakim mendepangkan tangan dan Nini pantas diraih dalam suatu pelukan yang hangat dengan kasih sayang. Ubun-ubun isterinya itu dikucup berulang kali . Nini selesa apabila dimanjakan oleh suaminya . Namun isu yang timbul di awal hari mula menerjah ke kotak ingatan . "Hakim?" bisik Nini perlahan sambil kepala disembabkan ke dada bidang milik lelaki kesayangannya itu . "Hmm yea sayang?" Hakim membalas . Mereka berdua saling berpeluk sambil menikmati bayu malam yang menampar lembut . Mata masing masing dihalakan ke langit yang ditaburi bintang-bintang indah bercahaya . "I risaukan Nadia" Nini mengeluh perlahan . Matanya tidak lepas daripada bintang di langit malam. "I know you do honey . But believe me . Everythings gonna be alright" Nini pantas mendongak melihat wajah suaminya . "What do you mean by th--- " belum sempat Nini menghabiskan bicara , siren kecemasan istana berbunyi lantang , mengejutkan seluruh warga istana , mungkin juga seluruh Estrella .

Raut panik tertampal di wajah masing masing tika Hakim dan Nini melangkah ke ruang menghadap . Para pengawal mahupun pembantu istana riuh berbisik meluahkan tanda tanya yang bersarang di kotak minda . "Whats going on auntie?"
Zufee menggeleng tanda tidak tahu menahu .

Tiba-tiba suatu adegan yang berlangsung didepan mata membuatkan Nini terkedu dengan mata membuntang . Terdengar bisikan daripada Hakim yang menuding jari ke arah drama sebabak di hadapannya kini "thats what I meant" . 

No comments:

Post a Comment