person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

26 May 2012

#1489

Eceh wahhh title macam nombor ekor je . Hahaha .
Before I start typing , Assalamualaikum wbt :)

So harini dah 26/05/2012 . Wahh kiranya dah 11 hari aku menganggur duduk rumah jadi penternak lemak tegar . Yes , I have officially ended my service as a Sales Assistant (SA) at one of 7 Eleven franchise . Saya punya store bernombor #1489 . Yes store yang ke seribu empat ratus lapan puluh sembilan dalam Malaysia . Boleh dikatakan baru juga lah store nie . Belum setahun pun buka .

So basically , aku nak cerita tentang kenangan pahit manis sepanjang bekerja mengerah keringat mencari rezeki bagi sesuap wetfood ke mulut anak-anak kucing aku .

Lets start from the beginning shall we?

Disember 2011

Haa , disebabkan saya student aliran biologi , saya SPM paper habis cepat . 1/12/11 tu memang dah total freedom ah wa cakap sama lu .Dengan semangat yang berkobar-kobar pagi 1/12/11 tu memang aku ngan Shahidah semangat gila keluar sama-sama nak cari kerja . Bangga nie wehhh lepasan SPM .
Boleh dikatakan seluruh Prima Gombak tu kitorang pusing sebab nak cari kerja kosong punya pasal . Cehh mula-mula demand gak . Tak nak kedai yang 24 jam . KFC , McDonald semua tolak tepi sebab kerja berat lepas tu gaji ciput . Perghh anak dara memang demand kalah mak datin cari calon menantu .
Aku memang sebelum SPM start dah plan nak kerja . Am so advanced at that moment. Dalam otak memang dah target nak 7E je sebab dekat dengan rumah satu . Lagi satu gaji dia pun tinggi gak lah .
Then Shida lak cam susah sikit 7E sebab yelah dahlah kerja 24 jam ,  setengah 7E tu plak ada jual beer . Disebabkan Shida takmau , aku pun taknak lah . No fun lah kerja takde geng . Huihh tu diaaa , dulu masa sekolah tak ambil port langsung pasal geng geng nie . Dan dan lah pula nak kerja sama dengan geng . Kihkihkih <-----gelak gedik
Nak dijadikan cerita , sehari suntuk juga lah aku ngan Shida pusing Prima Gombak tu . Peluh menitik make-up semua cair dah rupa mak lampir . kihkihkih . Daripada kerja kedai tudung kepada kedai baju kepada Secret Recipe kepada kedai buku kepada kerja-kerja marketing semua kitorang terjah . Tapi semua isi borang lepas tu kakak/abang tu senyum sambil mengungkapkan kata-kata ini "Nanti apa-apahal kami telefon ye" . Puihhh , telefon sangat *mata ke atas , tangan ke bahu .
Memang sungguh setiap dinding yang ada tampal iklan kerja kosong semua kitorang telefon . Desperate Single Ladiehhh betul .
Last-last dah kebulur sangat kitorang pun pergilah makan kat kedai Pakcik tepi jalan jual nasi campur depan mekdi . Haa , tengah sedap makan nasi berlauk , henfon Shida bunyi . Aku mula-mula macam "ohhh omakk dia kut" sekali BAMMMM! kakak daripada kedai tudung yang kitorang SAMA-SAMA minta kerja tu telefon dia . Kakak tu kata nak pakai sorang je . Jiwa sentap makk , kau tak . Of course aku jeles . Tapi nak buat macam mana kan? rezeki masing-masing . Aku happy gak sebab usaha kitorang berbaloi .
Then macam dah petang sikit tu , balik ah apa lagi . Takkan nak berembun lelama kat luar tu . Balik tu memang aku pung pang pung pang bercerita . Henfon lekat kat tangan takut takut ada call masuk kan . Haha . Lepas maghrib aku buat resume . E-mail kan ke brader nie , kunon lah nak minta kerja kat kedai komputer dia jadi Sales Girl . Cehh wah first time buat CV tuu . Bangga kembong pipi sebentar .
Sampai ke tengah malam aku tunggu takde sapa nak call memang patah seribuu lah jawabnya . Aku buat dunno . Lantak lah . Kalau ada , adalah . Kalau takde nak buat macam mana? Bako kedai kat Prima Gombak tu? memang tak ah . I kan baik . haha
2/12/11 memang jiwa kacau ah. Sunyii sepi tanpa khabar pun henfon aku . Dalam pukul 3 petang tu papa call mama cakap 7E kat area bank tu nak pakai pekerja ASAP . So dipendekkan dengan semangat nervousnya aku pun pergi lah interview tu .
Masa tu hujan gilaa lebat , macam biasa aku pergi dengan Shida . Mama hantar . So masa mula-mula jejak kaki kat dalam 7E tu memang aku nervous gila babeng lah . Masuk je , manager terus panggil masuk interview .
Jalan masuk bilik belakang store tu .
"Ehhh , comelnya manager dia" serious . Kecik comel molek je . Cakap pun lembut je . Ya Allah , berbunga riang hati aku . haha . So masa interview memang cepumas ah soalan . Aku lak bukan kemain lagi jaga tatatertib . Duduk pun kaki silang kebelakang . sopan gituww . kihkihkih .
Adalah dalam 10 minit interview tu . Antara salah satu soalan yang aku ingat sampai sekarang ,

Kak Manager : Kamu boleh ke angkat kotak berat-berat? Air botol semua nie?

Ecehhh , time tu akak manager tu pandang atas bawah .Aku memang dalam hati cakap , konfom xdapat kerja nie . Dah pasrah awal-awal .
Keluar je dari bilik belakang tu , Shida lak masuk kena interview. Sedang asyik aku tengok barang barang dalam store tu , tetiba datang sorang staff tu . Kakak india . Muka dia sweet sweet gituu . "Akak nie staff baru ye?" Sudahhh , ape kehal dia panggil aku kakak lak nie? Memang tersengih kerang busuk lah aku kan . Then aku pun cakaplah , taktahu lagi , interview baru . Dia pun senyum pastu blah buat kerja dia .
Blah blah blah ---------------FAST FORWARD------------------------------------------>
Ditakdirkan petang sebelum maghrib aku dapat satu call .

Pemanggil : Hello?
Me : Err sapa nie?
Pemanggil : Nie Kak Zakiah dari 7 Eleven tadi
Me : Ohh ye kak ?
Kak Kiah : Aina esok boleh mula kerja tak?
Me : (muka teruja macam baru lepas kena pinang)Boleh kak , boleh!
Kak Kiah : Jadi esok kamu datang masuk pukul 11pagi ye . Balik pukul 7 malam .
Me : Oh Okay kak .
Kak Kiah :Kamu pakai slack dengan kasut hitam ye
Me : okay kak . Terima Kasih!
Kak Kiah :Sama-sama . Jumpa esok .

Feewitttt .
031211 <---- pagi yang indah aku bangun memang super awal , 4 pagi bangun dahhh . haha . Memang berkobar-kobar rasanya nak kerja kan . First time kerja memang lah . Tetiba baru pukul 9 pagi telefon aku bunyi lagi . Pelik bin ajaib . Jarang bebeno dia bunyi pagi-pagi . Nak kata boypren , Joe Jonas tak bangun lagi . Tengah malam kat USA tu . haha.

Me : Hello?
Pemanggil : Aina , kak zakiah nie
Me : Ahh ye kenapa kak?

Jujur aku kata berderau je darah tunggu kak Kiah nak cakap apa . Ingatkan dia nak pecat aku sebab kecik sangat tak jadi amek kerja kan .

Kak Kiah : Boleh tak kamu masuk pukul 10 pagi? Kitorang takde housekeeping lah .

Aisey . Aku mula ragu-ragu . Apa jawatan aku kat 7E nie . Takkan lah housekeeping plak . Melampau kauu . Dengan hati yang masih berdebar aku pun ye kan jelah masuk kul 10 pagi . OT sejam pada first day kerja . Am awesome . I know .
Kul sepuluh tu aku dah terpacak depan store . Masuk-masuk nampak sorang je abang jaga kedai . Udahhh , mana pula Kak Kiah nie . Takkan aku dengan abang tu plak . Cehh dengan muka saspen , aku pergi kat bro tu ,

Me : err bang , saya staff baru .
Abang Staff : Eh dah pukul 11 ke?
Me : Tadi ada kakak tu telefon suruh masuk pukul 10 .

Abang tu angguk pastu dia pergi ambik smock (jaket merah hitam yang staff 7E pakai tu) bagi kat aku . Dia kata S paling kecik . So aku pun confident jelah kan sarung kat badan . Tetiba hambikkk kauuu , dah rupa pakai jubah mandi . Aku tau abang tu nak gelak tapi dia tahan . Foineeee Foineeee .
Honestly , first day of work memang heck freaking hard . Basically apa yang aku buat first day tu

1- Sapu lantai
2- Mop Lantai
3- Lap rak-rak
4- Ulang step 1,2,3
5- Ulang step 4

Memang aku rasa macam bibik indonesia woahh . Barulah aku tahu betapa payahnya nak cari sesuap rezeki .Tapi ada satu scene yang memang sumpah lawak ah bagi aku yang first time kerja nie kan.

Customer Perempuan : Ahhh , you ada jual kondom tak?
Abang Staff : Ada (tunjuk kat tepi rak rokok)
Customer Perempuan : Emmm , perasa blueberi takde ke?
Abang Staff : (garu kepala )

Seriously doe , aku nak gelak je rasa . Barulah aku tau yang kondom tu ada flavour . haha

Customer Perempuan : Emm yang macam nie tapi kaler purple ada?
Abang Staff : (geleng kepala)
Customer Perempuan : Hmm alaa , Vanilla je ke yang ada? Blueberi takde ek?
Abang Staff : (geleng)
Customer Perempuan : Hmm takpelah . Okay you ambilkan yang gambar kucing tu dua

Ya Allah , dalam otak aku masa tu "jangan gelak Aina , jangan gelak . JANGAN SENYUMMMM" lepas je customer tu blahh , aku pun apa lagi senyum ah sepuas-puasnya . Haha , tak berani gelak besar yelah sebab ehem , first impression is very the important okay . Then tengahari sikit tetiba Abang staff tu suruh scan kan barang . Sudah , mana aku reti , dia pun ajar lah kan . K fine , aku teruja dapat tekan butang kaunter tu sana sini . haha .Baru time tulah aku tau nama abang staff tu . Haa Ikraamie . Panggil ikram . Terima Kasih Incik kaunter (POS) sebab bagitau nama abang staff . haha
Pukul tiga , kakak india yang sweet sweet tu masuk kerja . Dia teruja tengok aku . Tak habis habis panggil aku kakak . Haihh , things got a wee bit weird lah kan sebab aku macam speechless gila okay tak tau nak panggil dia apa . Last last aku panggil ikut nama dia je , Manju .
Rupa-rupanya Manju tu pun baru 2nd day dia kerja . Walawehh kitorang beza sehari je check-in 7E . hihihi. So macam cepat ah aku klik ngan Manju . Boleh gelak gelak sambil jadi pengelap gondola (rak) tegar .
Tepat je pukul 7 aku terus blah . tak tunggu lama . Masuk dalam kereta merungut kat Mama ngan Papa . Wuu letih woahh . Tak best kerjaaa . Nak berhentiiiiii .
K tipu manade cakap macam tu , nak kena tempeleng dengan mama? haha . Aku pasrah je terima takdir hidup . haha
2nd day kerja aku dah mula fedup . Yelah , jadi bibik lagi . Apa kehal? Tapi hari kedua aku masuk pukul 3ptg sampai 11 malam . Kerja dengan kakak pula . Aiyoo . Kakak tu muka garang woahh .
Masuk , kena sapu mop . K fine lepas tu akak tu yang bernama Era , ajar kira rokok . Fuhhh , teruja nak mati aku belajar benda baru . Tapi still takut takut gak . Kak Era macam garang gila weh .
Pukul 7 kakak lain pula yang masuk . Kakak yang nie kecik molek je . Pakai shawl lilit lagi . haha . Kakak nie muka masammm je . aiyoo . Aku serious risau tengok kakak-kakak garang nie . haiyaaa , waa manyak takut lah .
Tapi rupa-rupanya Kak Leya sangat cool nak mati okay . Serious best kerja . Kak Leya ajar memacam aku macam huiyoooo , k semangat nak kerja nie . hihihihihi-hipokritnya I . haha
-----------------------------------FAST FORWARD-------------------------->
Sedo tak sedo dekat seminggu dah aku kerja . Macam kembang lubang hidung ah kan dengan diri sendiri . haha . Then dalam seminggu tu ada sekali cuti . Apa lagi qada' tido ah .

K k so nanti aku edit lagi sebab aku dah ngantuk . its already 3 oclock something like that .:)
Nanti aku cerita How I Met Kak Amy , Wadi , Wadi , Suziani , Amar , Abg Shah and Abg Shamil . K insyaAllah kalau kat kolej nanti ada wifi aku update ye :)

Btw , saya akan masuk kolej start Ahad . So umm , doakan saya tak gugup ye. Terima Kasih :)

8 comments:

  1. hahahaha pasal condom tu ilmu baru XD
    Mesti terkejut dgr mnde tu pada awal pagi kerja hahaha

    btw, thanks for posting your experience working at 7E. I got a pic of it a lil'

    ReplyDelete
  2. aku komen tahun 2020. Time ni org x cari kondom, org cari hand sanitizer ngan mask

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahhaa disebabkan covid-19 semua berpusu pusu cari mask dgn hand sanitizer

      Delete
  3. thankyou for sharing this story. i baru nak apply kerja 7e so terjumpa blog awak and i love your story! wish me luck!

    ReplyDelete
  4. Esok interview 7e, thanks for sharing😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tanya soalan apa ye?? Esok saya interview

      Delete
    2. Dia tanya soalan apa ??? Esok saya pergi interview laa

      Delete