"Nadiaa!!!" separa menjerit Nini tatkala melihat sahabat baiknya itu berjalan dalam keadaan yang cukup lemah sekali sambil diiringi oleh pengawal peribadi . Kelihatan pembantu pembantu istana memberi laluan sambil mengucap syukur atas kepulangan puteri tunggal Estrella itu . Zufee berlari mendapatkan anaknya itu lantas meraih si gadis dalam satu pelukan erat . Oh leganya hati seorang ibu apabila anak kesayangan pulang ke pangkuan . Ashbid hanya mengangguk sambil tersenyum kegembiraan . Kedua-dua insan terpenting dalam hidupnya itu dirapati lantas dipeluk .
Bagaikan drama syahdu di kaca televisyen apabila anak beranak itu berpeluk . Lepas segala beban di kepala . Selepas seketika Nadia yang sembab matanya itu dilepaskan dari pelukan . Zufee mencium lembut ubun-ubun kepala anaknya itu . Nadia hanya mampu tersenyum lemah sambil hati tidak henti mengucap syukur . Nini yang asalnya dalam pelukan Hakim pantas berlari menuju sahabatnya dan meraih Nadia dalam satu pelukan yang sama erat diberikan oleh Zufee . "You pergi mana Nadia . I was worried you tau tak" Nini menggumam dalam pelukan . Nadia membalas pelukan . Tidak mampu berkata-kata . Badannya terlampau lemah selepas apa yang terjadi . Belum campur dengan kejutan yang dialami oleh dirinya .
"Tina , sediakan bilik Nadia . She needs rest . Come sayang , you've gone thru alot today . You need some rest" Selepas beberapa minit drama jejak kasih , Zufee lantas mengarahkan Nadia agar berehat . Melihatkan wajah pucat anaknya dia tidak sampai hati untuk menanyakan lebih lanjut apa yang telah terjadi . Ashbid juga angguk tanda setuju . "Semua bersurai . Dato' Menteri esok umumkan kepada semua kita akan adakan doa selamat bagi meraikan kepulangan Nadia . Jemput Malhiki dan Azelia and everyone." arah Ashbid kepada dato' menteri sebelum beransur ke bilik bersama-sama Nadia dan Zufee . Nini dan Hakim turut serta .
Seusai mandi , Nadia duduk di birai katil sambil mengeringkan rambutnya . Pintu biliknya dikuak dari luar . Dia menoleh ke arah gerangan yang memasuki biliknya . Bibir mengukir senyuman , "Nini , you tak tidur lagi ke?" Nini hanya menggeleng . "Nope , i was hoping we could have a sleepover together?" balasnya . Mengharap pula muka dia tu . "Tak bising ke husband you tu kalau I kidnap wifey dia ni? Kesian kena tidur peluk bantal pula"
"Eh takpe malam nie je Nad . Esok I nak wife I balik . Mana boleh tiap tiap malam tidur peluk bantal . Tak puas" celah Hakim yang muncul entah dari mana . Sempat pula dia kenyit nakal ke arah Nini . Nini gelak manja . Nadia mula menyakat . "Eh , okay what? Tidur peluk bantal best lah . You peluk Nini pun bukan boleh buat apa pun .You kan kena puasa lagi 7 bulan" merah padam muka Nini disakat sampai begitu oleh Nadia . Satu tamparan dihadiahkan ke peha Nadia . Nadia yang tak sempat mengelak itu mengaduh sakit . Hakim tergelak mendengar komen Nadia itu . Dia berjalan ke arah Nini dan menghadiahkan satu ciuman lembut di dahi isterinya itu sebelum beralih ke hidung . "Alaaa tak boleh berat , ringan ringan boleh apa Nad " balas Hakim dalam intonasi nakal sebelum bibirnya bersatu dengan bibir mungil milik isterinya .
"Oh my god! GRAPHIC! Get a room people!" bentak Nadia dalam gurauan . Hakim tergelak sedangkan Nini merah padam muka diperlakukan sebegitu rupa dihadapan sahabat baiknya . Sekali lagi Hakim memberi pandangan nakal kepada isterinya , "Hmm sayangg , we are in a room right? Apa lagii , jom jeng jeng jeng" Hakim mengusik . Suka pula dia tengok wifenya itu blushing . Comel pada pandangannya . Nadia tergelak mendengar usikan Hakim itu . "Jeng jeng jeng? , haha , tak romantiknya you Hakim! " gelak Nadia . "Jeng Jeng Jeng ek? Macam nak main hide and seek lah pula" tambahnya lagi . "Yes , betullah , I dengan Nini hide you Nad, seek . Kitorang bagi hint lah , dimana katil bergoyang disitu lah kami . Tapi jangan selak lebih lebih pula , nanti nampak - - -" belum sempat Hakim menghabiskan Nini menolak keluar suaminya itu "Okayyyy biee, I see you tomorrow . Love you" lantas ciuman lekap di pipi suaminya itu dan dia menutup terus pintu . Kedengaran Hakim gelak . Begitu juga Nadia . Dasar otak adult sungguh mereka ini . Nini tarik muncung donald duck . Eleh konon merajuk lah tu disakat sampai begitu sekali . "Haaa muncung muncung , I panggil Hakim japgie karang bengkak bibir tu kena cium karang" PAPP! Melekat sebiji bantal ke muka Nadia . Mengekek Nadia gelakkan Nini . Amboi , tak rupa orang trauma perempuan sorang ni .
Ashbid dan Zufee masing masing di pembaringan . Lapang rasa dada saat melihat puteri mereka kembali . "Alhamdullilah kan sayang Nadia selamat . Zufee risau sangat kalau jadi apa-apa kat Nadia" Ashbid di sebelah mengangguk tanda setuju . "Lets hope this wont happen again" Ashbid menggengam jari jemari isterinya . Dahi perempuan yang dicintainya itu dicium peluk dan tubuh ramping isterinya itu dipeluk . Zufee dengan manjanya merebahkan kepala ke dada bidang Ashbid . Malam itu mereka beradu mengharapkan mimpi-mimpi indah belaka .
Nadia dan Nini masing-masing baring dalam posisi mengadap siling istana yang dihiasi lampu-lampu indah tidak bernyala itu . Mereka hanya diterangi oleh lampu tidur yang samar . Jantung berdegup tenang menikmati malam yang damai .
"Nadia?" Nini menyoal . Mata tak lepas dari siling bilik yang putih itu . "Hmm?" ringkas jawapan yang diberi . Masih cuba memproses apa yang terjadi dalam satu malam . "Are you asleep yet?"
"Nope" Perlahan-lahan posisi badan diubah . Dia duduk sambil kepala disandarkan ke kepala katil . Nini turut serta .
Sunyi sepi tanpa sebarang kata-kata .
Nini memecahkan kesunyian antara mereka "what really happened?" . Nadia menghela nafas panjang . Nini dipandang sekilas dengan senyuman nipis di bibir . "Promise you wont tell anyone?" Permintaan Nadia membuatkan Nini semakin ingin tau . Kepala dianggukkan .
Malam yang damai telah menyaksikan , sekali lagi air mata Nadia gugur . Nini hanya mampu menggeleng . Dia terpana . Lantas tubuh kecil Nadia diraih dalam satu pelukan yang tiada penghujung .
Gugurlah air mata . Gugurlah sehabis mungkin agar kau tidak perlu menangisi apabila lelaki itu muncul dalam lena-lena malam mu , hati Nadia berbisik perlahan .
No comments:
Post a Comment