person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

15 August 2013

Save the d-d-d-d-d-d-d-dayyy part 1/2

Udara pagi yang dingin menampar lembut pipi si gadis yang duduk termenung di atas puncak gunung Ledang itu . Indahnya ciptaan Allah SWT . Matahari mula mengintai di celahan gunung gunung . Cahaya yang terang mula menyinari kawasan . Hijau pokok kelihatan segar membuatkan mata enak memandang . Malam yang kelam mula mengundurkan diri memberi peluang untuk mentari menjalankan tugasnya .

Aisyah menarik nafas sedalam-dalamnya . Udara segar yang masuk mengikut hidung melepasi trachea melalui brochus dan brochioles menembus ke alveoli membuatkan paru paru kembang dipenuhi oksigen . Perlahan-lahan nafas yang mengandungi karbon dioksida itu dilepaskan . Dia senang dengan suasana gunung yang tenang ini . Jauh daripada kebingitan bandar . Jauh daripada hiruk pikuk dunia .

Begitulah sifat Aisyah , setiap kali dilanda keresahan ataupun kebingungan dalam kehidupan seharian , dia pasti akan melarikan diri ke puncak gunung itu . Kepayahan yang dilalui untuk mendaki gunung setinggi 1276 meter daripada aras laut itu membuatkan adrenalin dalam badan membuak buak sekaligus menghantar getar teruja ke seluruh tubuh . Ramai pernah bertanya kepada dirinya , kenapa daki gunung? Kenapa tidak membeli-belah seperti gadis gadis dan wanita wanita tipikal di dunia ini? Jawapan Aisyah mudah je , kerana dia bukan salah seorang daripada mereka yang tipikal tu . Dia gemarkan badan yang segar dek peluh yang merembes keluar , bau hutan yang bagaikan perfume pada hidungnya dan juga bunyi bunyi cengkerik bagaikan muzik di telinga . 

Setiap kali mendaki pasti ada sebab . Tidak ada beza dengan pendakiannya kali ini . Dia sanggup memulakan pendakian seawal 11 malam semalam dan gigih menempuh 7 jam pendakian yang berbukit bakau yang benar benar menguji ketahanan seseorang itu kalau tak kuat fizikal dan mental . Mujur Aisyah dah biasa dengan likur likur gunung itu memandangkan gunung Ledang adalah favorite spot dia untuk melepaskan segala ribut dalam hati . Makanya tak kira lah malam atau siang dia boleh je tempuh . Asalkan sampai ke puncak . Tujuan dia meredah segala perit jerih mendaki adalah kerana dia inginkan suatu pengakhiran dalam satu chapter kehidupannya . Pengakhiran yang dengan harapan dapat melepaskan dirinya daripada kemelut yang melanda jiwa dan raga . 

Matahari telah terbit sepenuhnya . Cahaya yang terang itu sedikit menyilaukan pandangan Aisyah . Dia lantas bangkit daripada duduk dan beralih duduk membelakangkan matahari .Pandangan ditebarkan ke puncak satu lagi yang terletak lebih kurang 50 meter daripada puncak yang dia duduki . Ada 2 ,3 pendaki lain yang turut serta dengan dirinya mendaki sama-sama semalam . Saja Aisyah memilih puncak kedua itu kerana kawasannya yang kecil dan lebih privasi . 

Kicaun burung asyik di telinga Aisyah . Dia mula hanyut dibawa kenangan lalu . Kenangan yang tekad untuk dicampak ke bawah daripada puncak gunung ni nanti .

"Hai , I Daniel" segaris senyuman menawan dihadiahkan buat Aisyah membuatkan hati gadisnya tertawan . Dengan pipi yang mula memerah , Aisyah dengan spontannya melarikan diri ke arah bertentangan terus masuk ke tandas pelajar perempuan . 

Dalam tandas Aisyah mula mengipas mukanya yang panas dek darah yang menyerbu ke pipi . Bahagia gila rasa hati . Mana tak nya , Teuku Daniel Ahmad Teuku Saifudin budak paling hot di sekolahnya itu baru je tegur dirinya . Teuku Daniel tegur Aisyah Zahra budak selekeh selebet nie? Ya Allah keajaiban apakah ini? Aisyah rasa macam nak menjerit je . Tapi kewarasan diri menghalang . Yelah karang tak pasal pasal kena kejar dengan Puan Sabariah , guru displin yang garang macam mak tiri bawang putih dalam sinetron tu . 

Selepas beberapa minit teruja dalam jiwa mula reda , Aisyah membelek pula wajahnya di cermin membetulkan skarf tudung yang tertarik ke belakang . Usai membetulkan tudung , Aisyah melangkah pulang ke kelas tepat pada loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah habis . 

Dalam perjalanannya ke kelas , dia berjalan melintasi kelas 1 Satria , kelas dimana menempatkan Daniel . Mula lah meliar mata Aisyah mencari kelibat Daniel , namun hampa . Sesampai di hadapan pintu kelasnya , Aisyah rasa bahunya dipegang . 

"Opocot , tanjat kak ton anak mak jemah cucu boboi" Ambil kau , melatah tak cover baik punya . Baru nak maki si pemegang dengan ayat ayat sedas dua . Namun degupan jantung mula laju berdebar bila melihat wajah Daniel yang putih bersih tanpa jerawat itu .

"Hi awak" senyum Daniel mempamerkan baris baris gigi 'besi' warna merah hitam . Gigi besi taktau? Braces lah . Aisyah sekali lagi rasa nak lari jauh jauh melepaskan rasa teruja yang berkumpul di dada . Last-last hanya sengih kerang busuk dihadiahkan kepada Daniel . Aisyah rasa macam nak sepak diri sendiri je .

No comments:

Post a Comment