person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

07 August 2011

Cupid LOVE LOVE (Mini Story One Shot) Part 5

Cupid : Buka mata hati kau Nina . He's there all day long . Dia ada hari Ahad tu .

Nina pantas meneguk air liur . Terasa perit di tekak. 'Adakah mamat itu merupakan jodoh aku yang sebenarnya?' Monolog Nina sambil memandang sepi skrin komputer ribanya itu . Mengetap bibir sambil tangan mencari kata yang sesuai diutuskan

Nina : Adakah dia . . ada kat situ?
Cupid : Ya . Dekat sangat dengan kau Nina
Nina : Jadi M . . . . . . . .



_________________________________________________________________________________________________________


Nina : Jadi m . . maknanya Aizat is the one?
Cupid  : Aizat?
Nina : Yes! Kau kata dia ada pada hari tu . Dan Aizat kata dia ada hari tu . 
Cupid : Nina ,
Nina : So . HE IS THE ONE?!


Nina menggunakan CAPS LOCK bagi menunjukkan rasa terkejut yang bertandang secara tiba-tiba .


Cupid : Jangan menilai menggunakan mata kasar semata-mata . Gunakan mata hati kau juga Nina . Open your eyes and your heart . 


Lantas mengutuskan kata-kata itu , Cupid terus log off dari facebook meninggalkan Nina seorang diri cuba mecari rasional kata-kata si Cupid . Pelbagai persoalan bermain dalam kepalanya . Betul ke Aizat the one? Apa yang Aizat buat kat situ?Kenapa Aizat datang semula selepas berapa bulan menyepikan diri?Betul ke Aizat masih sayangkan dirinya?Bertubi-tubi persoalan datang menerpa Nina tanpa had . 
AIZAT AIZAT AIZAT . Nama itu yang kerap muncul meninggalkan tanda tanya dalam diri Nina .
Hari hari seterusnya Nina ditemani dengan persoalan persoalan yang bagaikan tiada titik noktah bagi persoalan tersebut . Seminggu berlalu dan dia masih dihantui persoalan persoalan yang masih kekal sama .Si gadis nekad ingin mencari jawapan kepada persoalan yang kian hari menghantui dirinya itu .
Laman sosial facebook dibukanya dan tika mata terlintas melihat icon 'cupid' sedang online , Nina pantas menegur.


Nina : We need to talk .
Cupid : By talk you mean?
Nina : Aku nak jumpa kau . 
Cupid : Untuk?
Nina : Sebab aku rasa kau tau jawapan-jawapan kepada persoalan aku . Dan aku juga nak tahu sapa kau sebenarnya . Kenapa kau tau sangat pasal kisah hidup aku.
Cupid : Fine . A month from now . In front of Cupid's Cafe.


Guess so , merupakan perkataan pertama yang Nina fikirkan . Sudah nama pun cupid , sudah semestinya dia ingin mereka berjumpa di kedai itu.


Nina : Okay . What would you wear? Aku nak tau juga kau yang mana satu nanti .
Cupid : You'll see .


Satu minggu . Dua minggu berlalu . Setiap detik dirasakan bagai berjalan dengan lembab sekali . Dalam dua minggu itu cuma sekali dua sahaja sahabatnya , MNM berhubung dengan dirinya. Nina langsung tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana baginya apa yang penting ketika ini hanyalah saat menemui sahabat alam mayanya , cupid , itu .
Hari yang ditunggu kian hari semakin menghampiri . Akhirnya hari yang ditunggu sampai juga . Nina yang berpakaian t-shirt stripes hitam merah bersama tudung merah plain dan juga jeans hitam dan sepasang flat shoes . 
Langkah diatur ke tempat yang dijanjikan . Jarak cafe tersebut dengan rumah Nina hanya mengambil masa 10 minit . Nina membuat keputusan untuk hanya menaiki skuter purple miliknya . 
Sesampai sahaja di tempat letak kenderaan cafe tersebut , Nina terperasankan satu wajah yang cukup dikenalinya . Namun diabaikan . Mungkin pelanduk dua serupa monolog hatinya . Pantas pergerakan kaki diatur masuk kedalam cafe . Duduk di hujung sekali tepi tingkap


Waiter : Miss , can I have your order now?


Agak tersentak Nina apabila ditegur . Pandangan dialih ke pelayan yang berpakaian serba putih itu . 


Nina : I'll have a Lemonade Coke with Ice .
Waiter : That's it?


Hanya anggukan diberi sebagai jawapan . Seterusnya pandangan ditebarkan ke luar . 


????? : Hai


Saat berpaling , Nina terkejut . . . . . 


___________ ____________UPDATE 20/08 ________________________________________

Nina : Apa yang k- kau buat kat sini?

Sedikit gagap Nina saat berpaling melihat gerangan yang kini berada tidak sampai seinci jauhnya dari dirinya . Nafas yang pada minit yang lalu kini kian deras . 

Nina : Aizat , im asking . What are you doing here ?

Tersengih gerangan si lelaki yang bernama Aizat itu . 

Aizat : Of course to see you sayang .
Nina : Siapa sayang kau?


Aizat hanya menggeleng lembut sambil bibir mengukir senyuman seribu rasa .


Aizat : Okay fine , You nak tau kan? I lah cupid tu . Cupid yang you selama nie sibuk mencari cinta sangat .


Tercengang Nina . Adakah benar Aizat cupid yang selama ini membantu dia? Nina menggeleng .


Nina : Tidak tak tak mungkin !


Aizat hanya melemparkan senyuman menyindir . Nina semakin tidak keruan . Tiba-tiba datang seorang kanak kanak lingkungan usia 5-6 tahun memakai t-shirt putih dan berlampin . Kanak-kanak bermuka pan-asian itu ditenung lama oleh Nina . 'Macam pernah aku tengok budak ini' monolog Nina sendirian . Tiba-tiba sebuah flashback terlintas dalam fikiran Nina .


FLASHBACK (Episode 1)
Keesokkan harinya Nina mengambil keputusan untuk berjalan di persisiran pantai . Deruan ombak menghempas ke kaki tidak dihiraukan , dia tenang ditemani ombak dan bayu pantai . Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak .
Budak Kecil : Akak , saya bawa pesanan untuk akak


Si budak menghulurkan sekeping kertas yang bersamanya tercoret sebuah tulisan berangkai . Hesitate pada mulanya namun dia tetap menerima kertas itu .

Nina : Terima Kasih adik , tapi siapa yang bagi nie?
Budak Kecil : Cupid kak .


Dengan itu si budak berlalu pergi . Nina memandang sepi pemergian budak yang berpakaian ala-ala cupid itu . 

Present (mode flashback)


Budak kecil tadi senyum memandang Nina .


Budak Kecil : Akak!
Nina : Ye adik ada apa pula kali nie?


Menghulurkan tangan kepada Nina untuk menyambut . Kelihatan keliru wajah mulus si gadis . Namun tangan huluran tangan si kecil itu tetap disambut . Lantas tangan Nina ditarik menuju keluar pintu .


Nina : Kita nak ke mana nie dik?


Nina yang dibelenggu kehairanan bertanya . Namun kaki tetap melangkah mengikut si kecil . Si kecil hanya tersenyum


Budak Kecil : Ikut sahajalah kak . Kata nak jumpa cupid .


Nina bertambah hairan? Bukan kah Aizat si cupid?Namun dia tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut dan hanya mengikut si kecil . Namun belum sempat melangkah keluar , Aizat menghalang kedua-duanya daripada melangkah keluar .


Aizat : EH BUDAK!KAU NAK BAWA DIA KE MANA? AKU LAH CUPID DIA!!


Dalam nada yang marah Aizat bertanya . Budak kecil itu hanya menggeleng .


Budak kecil : Bukan , kau bukan abang cupid!


Lantas , menggunakan kepalanya , dia menanduk Aizat tepat di punca kelelakiannya . Jatuh terlentang Aizat dibuatnya . Alat kelelakiannya dipegang sambil mengerang sakit . Pantas budak kecil menarik Nina keluar . Sampainya Nina di luar , pantas matanya terpandang satu maskot cupid yang besar . Budak kecil tersebut pantas membawa Nina di hadapan cupid tersebut dan pantas menyatukan tangan Nina dan maskot cupid itu


Budak Kecil : Akak , inilah kawan cupid akak yang sebenarnya . 


Selepas berkata-kata pantas budak itu berlari ke arah bertentangan meninggalkan Nina dan si maskot cupid itu .


Nina : K- kau cupid?


Si maskot hanya mengangguk . Genggaman tangan dieratkan seperti memberikan semangat baru untuk mereka berdua . 
Tanpa sebarang kata , si maskot terus memeluk Nina . Nina semakin buntu . Lama pelukan itu dibuat sang maskot . bagai memberitahu sesuatu . Selepas 2minit , pelukan di lepaskan . Nina hanya membisu . 

Nina : Apa maksudnya? Kau siapa sebenarnya ?

Nina bertanya . Si maskot tiba tiba mengeluarkan sekeping kertas daripada lampinnya . Seperti adegan dalam video klip Taylor Swift - You Belong With Me , dia membuka lipatan kertas tersebut . 

I.LOVE.YOU.NINA. 

Terkejut Nina . 

Nina : Siapa kau sebenarnya ?
Cupid  : Aku . . .

pantas kepala maskot ditanggalkan dan jelas kelihatan wajah seorang lelaki .

Nina : MNM?!!

Satu lagi kejutan buat Nina . Dia terkedu . MNM tidak buang masa lantas meluahkan apa yang selama ini terbuku di dalam hati

MNM : Aku sayangkan kau Nina . Aku dah lama pendam perasaan ni . Aku takut nak luahkan sebab aku takut kau akan pergi jauh dari aku .  aku tak sanggup tengok kau terluka dek kerana Aizat . Aku betul-betul sayangkan kau .If you could see that I'm the one who understands you Been here all along, so why can't you see? you belong with me , Nina . Will you be mine?


Nina hanya membeku membuatkan MNM resah . Tiba tiba Nina tersenyum .


Nina : Kenapa . .
MNM  : sebab . .


Belum sempat MNM berkata-kata Nina memotong ,


Nina : kenapa aku tak pernah perasan , You are the one . 


Nina memberikan senyuman yang manis buat MNM . MNM yang didepan tersenyum lantas menggendong Nina ala bridal style. Dahi mereka dirapatkan bersama.


MNM: Iloveyou


Present 


Alisya : Fuhhyohh , mummy , macam mana muka kupid tu mummy?
Nina : Emm tinggi. kurus. badan tuff , hensem ,mata sepet. muka kurus. takdak lemak. bibir nipis.


Tiba-tiba pintu terkuak , dan dengan pantas , badan Nina dipeluk dari belakang .


???? : Sayang buat apa kat sini . Anak daddy kenapa tak tidur lagi nie?


Lantas ubun ubun Nina dicium lembut .Alisya yang seperti perasankan sesuatu pantas menolak daddynya jatuh terbaring atas katil . Dia pantas duduk diatas badan daddynya itu dan menekup muka daddynya .


Alisya : mata sepet. muka kurus. takdak lemak. bibir nipis. Mummy!!!!! Lisya jumpa kupid dah . yay yay . 
Daddy nie kupid ek?
MNM: Kupid?

MNM memandang Nina bagai meminta penjelasan , Nina hanya tersenyum dan mengangkat bahu tanda tak tahu apa-apa . Lantas dia mendekatkan bibir ke telinga suaminya itu dan membisikkan . . 

Nina : ILOVEYOU my cupid

membuatkan MNM tersenyum bahagia .

THE END 

No comments:

Post a Comment