Selamat Hari Raya ,
Maaf Zahir dan Batin :)
Ikhlas daripada : Aina dan Keluarga .
_____________________________________________________________________________________
Ramadhan semakin dekat ingin melabuhkan tirainya .
Alhamdullilah , kita masih diberi kesempatan tahun ini untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan ni kan :)
Belum tentu tahun depan kita sempat menikmati bulan ni lagi kan?
So kepada kalian yang saja saja (pengecualian kepada golongan hawa yang diberikan cuti khas berganti oleh Allah) ponteng puasa , SILA RASA RUGI , MENYESAL DAN BERKURUNG DALAM BILIK DAN MUHASABAH DIRI .
Haritu ada tazkirah sikit
Sabda Rasullulah : Barangsiapa yang meninggalkan puasanya secara sengaja tanpa sebab atau keuzuran , nescaya dia yang rugi kerana ambillah 70 tahun ganti puasa ianya tetap takkan dapat menebus puasanya yang ditinggalkan itu .
Haa , lebih kurang macam tu lah . So rugi bukan?
Bagi aku tahun nie Ramadhan macam sekejap je . Rasa macam tak puas puasa okay .
Pejam celik pejam celik dah habis puasa .
Sebak secara tiba-tiba sebab rasa tak puas berada dalam Ramadhan tiba-tiba dah nak raya .
Tapi Alhamdullilah , masih ada peluang tahun nie .
So sekali lagi , Salam Aidilfitri .
Kepada ibu ibu , bapa bapa , kakak kakak , abang abang , drive carefully .
Jangan fikir nak pecut zoom zoom sana sini sampai nyawa melayang .
Ingatlah orang yang tersayang .
Dan kepada semua , main mercun tu hati hati sikit ,
jangan nanti sebelum raya sempurna fizikal ,
lepas raya kepala tobek , tangan hilang sebelah , kaki tempang .
Tak mau tak mau .
Main pop pop jelah ye . hehe .
Emm , makan tu berpada pada jangan lahap sampai tak ingat dunia .
Ingat sikit insan insan yang tak dapat rasai semua tu .
SPM-ers
Buku jangan lupa naa .
Lagi lagi yang nak trial lepas cuti raya nie . :P
Sekali lagi ,
Salam Aidilfitri .
Maaf Zahir Batin.
No comments:
Post a Comment