person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

16 December 2011

When Two Different Worlds . . . Collide (Episode 1)

"Princess , princess! Is it true that your gonna be the next in throne?" "Princess , bukan ke ada undang-undang mengatakan yang kalau nak pegang takhta tersebut , you must get married first?" Bertalu-talu soalan diajukan ke puteri diraja kerajaan Estrella , iaitu Puteri Nadia . Namun hanya senyuman yang diberi sebagai alasan kepada soalan-soalan para-para papparazzi yang sangat menjengkelkan . Langkah diatur pantas memasuki ke dalam kediaman diraja . Pengawal keselamatan istana mula menjalankan tugas dengan menghalang para penemuramah tidak bertauliah tersebut daripada mencerobohi masuk ke dalam istana.

Nafas lega dilepaskan . Kasut tumit tinggi jenama Jimmy Choo ditanggalkan dan diserahkan kepada pembantu-pembantu istana . Rambut yang melepasi bahu diikat satu . Jaket tebal ditanggalkan dan disangkut ke dalam walk in wardrobe miliknya yang berupa satu bilik yang berukuran seluas 2 bilik master bedroom

"Nadia!" Panggil suatu suara yang memang amat dikenali oleh Puteri Nadia . Pandangan dihalakan ke empunya suara dan tangan ditebarkan bagi memberi suatu pelukan erat kepada si gadis .

"Nini! I miss you! Look at you now! Wow " kata Nadia kepada sahabat baiknya itu , Puteri Nini . Puteri Nini merupakan anak kepada raja Malhiki dan Permaisuri Azelia , iaitu pemerintah negara Portulla . Nini dan Nadia besahabat baik , mereka berkenalan ketika berusia 10 tahun di sekolah khas bagi anak-anak diraja . Malah kedua-dua negara di bawah pemerintah orang tua mereka turut menjalinkan hubungan yang baik . Mereka kini masing-masing berusia 24 tahun .

" I pun rindu you . Last time kita jumpa is one and half years yang lepaskan? Masa wedding reception I?" Nini tersengih mengingatkan detik bersejarah dalam hidupnya itu . Dia telah bernikah dengan Putera Negara Deqster iaitu , Putera Hakim . Majlis yang diadakan secara gilang gemilang tersebut telah mendapat perhatian seluruh dunia . Yalah , pasangan mempelai yang secocok , bagai pinang dibelah dua . Nini mempunyai raut wajah yang sangat ayu dan lebih kepada kategori comel . Manakala , Hakim merupakan antara putera yang menjadi rebutan ramai . Dengan muka yang bagaikan mat saleh dan rambut yang keperangan , siapa sahaja yang melihat pasti 'jatuh' dengan ketampanannya .

"Itulah pasal . Btw , congrats pasal pregnancy you tu . So how far are you? " tanya Nadia sambil menyentuh lembut baby bump milik sahabatnya itu . Nini hanya tersengih sambil mengelus lembut perutnya yang mula 'membengkak' . "Dah 3 bulan dah " katanya sambil menunjukkan baris baris giginya yang  ditutupi braces berwarna biru itu .

Tak semena-mena seluruh istana menjadi gelap gelita . Jeritan demi jeritan didengari dari segenap ruang istana yang besar itu . Semua terkejut akan perubahan cahaya yang tiba tiba itu  . Nadia yang sememangnya mempunyai claustrophobic mula sesak nafas apabila kegelapan tersebut dirasakan seakan akan menghimpit dirinya . Nini pula menjerit-jerit meminta pertolongan . Dia yang sedar akan Nadia yang sedang menghadapi kesulitan untuk bernafas itu pantas memaut lembut bahu Nadia .

"Inhale exhale perlahan lahan . Now jangan gelabah . It will get wor--- " belum sempat dia menghabiskan kata-katanya dia terkejut apabila Nadia tiba tiba hilang daripada pegangan .
Hanya jeritan lemah daripada sahabatnya meminta tolong boleh didengari . "Nadia!! Where are you?!!" Dia menjerit memanggil Nadia , satu-satunya waris tunggal kerajaan Estrella . Kadar kegerunan dalam diri mula meningkat .

Nadia yang tiba-tiba ditarik oleh satu lembaga hitam mula muncul perasaan takut yang maksima dalam diri . Mulutnya ditekup dengan sepasang tangan kasar yang pasti bukan milik ayahandanya mahupun bondanya . Aroma minyak wangi si lembaga mengingatkan dia kepada seseorang , namun perlahan lahan dia tubuh badannya shut down apabila paru-paru tidak dapat memproses oksigen yang banyak memandangkan dia sendiri mengalami kesukaran bernafas dalam gelap . Dunianya menjadi gelap gelita dimana sememangnya perkara itu mustahil kerana ketiadaan elektrik sudah menjadikan suasana gelap . Cukup gelap .

Pembantu-pembantu istana berlari-lari anak dengan lilin di tangan . Pengawal-pengawal istana pula majoritinya dikerahkan untuk mengetatkan lagi kawalan . Seorang dua pengawal pula dikerahkan untuk mencari dua orang puteri bersahabat . Lilin-lilin yang banyak sedikit sebanyak menerangi istana tersebut . Raja Arshbid mula murka apabila suasana terlampau kelam-kabut . Dia sendiri pelik , negara Estrella ini miliknya , kenapa pula elektrik kena potong . Dia sendiri tak tahu rupa bil elektrik macam mana .

"Beta mahu punca segala permasalahan ini diselesaikan dengan segera" titah Raja Arshbid kepada seorang pengawal . Lantas pengawal bertubuh tegap itu berlari anak menuju ke bilik suis . Tatkala semua orang mula bertenang dan mencari jalan penyelesaian , Nini berlari hampir seperti kanak-kanak yang ingin berebut bermain permainan video percuma di pasaraya beli belah sambil berteriak memanggil nama pemerintah dan permaisuri negara Estrella itu .

"Uncle Arshbid , Auntie Zufee !!!! " teriakannya membuatkan kedua-dua dewasa itu terkejut . Bukan kerana ketiadaan protokol dalam panggilan nama mereka , tetapi kekelam-kabutan yang dibawa oleh Nini . Oh pasal protokol tu , tak payah lah korang nak fikirkan sangat . Disebabkan Nini merupakan sahabat baik kepada puteri Nadia , sejak daripada kecil , Nini sendiri sudah dianggap seperti anak mereka juga . Malah Nini mempunyai sebuah bilik khas yang terletak berhadapan dengan bilik Nadia yang merupakan miliknya . Vice Versa . Nadia juga mendapat layanan istimewa ketika berada di Portulla . Istimewa dalam erti kata kekeluargaan .

"Nini , kenapa ni sayang? Cuba kamu bawa bertenang" kata Zufee yang mengusap lembut bahu Nini yang sudah mengah cuba menghirup sebanyak mungkin oksigen . Keanehan bertandang di hati apabila melihat Nini keseorangan . "Nadia di mana Nini?" Bingo , bagai mula memahami apa yang sedang berlaku , pantas kepanikan terserlah di wajah Zufee . Nini menarik nafas buat kali terakhir sebelum menyampaikan berita , " NADIA HILANG . OUT OF NOWHERE . " just like a cue tiba tiba sinaran lampu mula menyinari istana menampakkan jelas raut wajah dua dewasa yang terkejut tahap maksima tentang kehilangan puteri tunggal mereka .

No comments:

Post a Comment