person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

11 December 2011

Why Don't You Love Me (One-Shot) Part 1

' See I can't wake up I'm living a nightmare
That keeps playing over again
Locked in a room so hung up on you
And you're cool with just being friends '


MNM's POV

'BEEP BEEP BEEP' 

Mangkuk ayun , siapa pula yang telefon aku tengah tengah malam buta ni? Ada yang makan maki sebagai supper karang . Pantang betul nak tengok orang relax sikit.

MNM : (groggy voice) Hello
????? : Babyy!
MNM  : Ha ada apa you call I tengah tengah malam nie ha? Tak tengok jam ke dah pukul berapa ni? Pergi tido sana lah Hana!
Hana : Yalah , I nak tidur lah ni . I just wanna tell you that , I miss you baby . (giggle) I love your mengantuk voice sayang . Okay lah . Bye! Sleep Tight , Sweet dream baby , mimpikan I ya! (hangs up)

Celaka sungguh . Itu je dia nak cakap? Haih , untunglah aku takde feeling bagai kat dia . Oh and why you may ask? Kenapa takde feeling tapi aku masih stick dengan dia? Well , you'll see later on this story . Ceh wah , berlagak macam novel lah pula aku ni . 

No POV

So selepas bermonolog seorang diri tengah malam yang pekat dan hening MNM kembali rebah ke pembaringan . Tak lama selepas itu dia diganggu lagi dengan sebuah panggilan telefon . Dengan perasaan bengang dan berbulunya , MNM terus angkat call tersebut tanpa melihat ID si pemanggil .

MNM : Pergi tidur lah , jangan kacau I boleh tak?!
????? : Der , lu pehal ? Period?

Seakan sedar dari koma , MNM pantas bangun dari pembaringan dan terus duduk . 

MNM : Eh Nina . Hang ka? Awat telefon aku tengah tengah malam buta ni? Tebiat? (chuckle)
Nina : Aku bosan lah weh . Borak jom . Aku pun dah buat super savers nie . Demi kau , member tersayang .


Tersentak sebentar MNM mendengar perkataan TERSAYANG yang sepertinya ditekan oleh Nina .Namun lamunan terhenti apabila Nina menegur . Diapantas mematikan lamunan dan dua sahabat berbual mesra . Pelbagai isu dibangkitkan . 30 minit berlalu , 45 minit masa berdetik dan berlalu . Sejam berbual di talian bagaikan tiada penghujung bagi mereka berdua . Tidak terasa masa itu berdetik setiap saat ketika dua sahabat itu bergelak ketawa .


Sejujurnya , MNM sendiri telah lama menyimpan perasaan untuk sahabatnya yang satu itu . Namun , mengambil iktibar daripada perhubungan antara Joe Jonas dan Demi Lovato , dia mengambil keputusan untuk teruskan memendam . Dan sejujurnya sudah hampir 9 tahun perasaan tersebut disimpan . Kian hari , kian bercambah mekar di dalam dada . 


Satu-satunya sebab dia berpasangan dengan Hana adalah bagi menyembunyikan perasaan dirinya yang sebenar . Tak tersangka pula si Hana boleh betul betul tangkap jiwang dengan dirinya . Bagi MNM , Hana hanyalah sekadar kawan biasa . Tidak pernah ungkapan tiga kata , lapan huruf , iaitu I LOVE YOU disampaikan kepada buah hati nya itu .


Melihat jam di dinding sekilas , MNM merasakan perasaan buat Nina kian menggebu . Bagaikan tak tertahan lagi ingin meluahkan kata-kata tersebut MNM terlepas bual .


MNM : Aku sayangkan kau Nina .


Nina di talian terdiam seribu bahasa . MNM pula sebaliknya menanti dengan sejuta harapan mengunung untuk jawapan daripada gadis idamannya itu .
Namun begitu harapan berjuta yang tinggi melangit bagaikan menara Kuala Lumpur itu musnah dalam satu baris ayat .


Nina : Aku pun sayang kau wahai MNM kawan terbaik pernah aku ada .


Kawan terbaik? Bukan itu yang dia mahukan . Hati kecilnya yang penuh dengan harapan dan perasaan melangit menjerit . Jeritan yang hanya dirinya mampu dengar .


"Aku sayang kau lebih daripada seorang sahabat Nina" namun kata kata itu hanya mampu dibisikkan perlahan .


_________________________________________________________________________________________________________


Wokeh basically , cerita ini based on lirik lagu Why Don't You Love Me by Hot Chelle Rae ft Demi Lovato . So kiranya tak banyak part lah . hehe . kbye.

No comments:

Post a Comment