person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

30 November 2012

Last Time Around 2


“Weh , best tak jadi Head Officer cum Head Engineer nie? “ Nadia membelek satu persatu dokumen yang bersepah atas meja Nini . Bukannya dia faham sangat dokumen tu pasal apa . Tapi saja menggatal nak menyepah kan lagi meja Nini . “Bolehlah . Kadang kadang tu seronok lah juga . Tapi time banyak projek baru masuk , aku rasa macam nak gila . Dengan bos nya membebel macam anak teruna tua , anak anak buah semua biol biol . Stress . “ Nini membalas sambil matanya meliar di skrin computer hadapannya . “Ala stress stress pun gaji kau masyukk woah . Lagipun kau yang gatal nak kerja . Bapak kau dah free free nak bagi office dia kat kau . Kau je sombong” gelak Nadia . Nini menggeleng . Malas dia nak betah . Bukannya Nadia tak tau kenapa dia tak mahu terima tawaran bapanya itu . Saja nak menyakat .

Bersepah remaja remaja berpeleseran di hadapan pintu masuk Pavillion .Ah itu sudah menjadi kebiasaan pada hari hujung minggu sebegini . Macam macam fesyen , macam macam style . Kadang kadang gerun juga tengok dorang . Namun siapalah ‘penonton-penonton’ wayang ganas tu nak komen . Kalau mak bapak dorang pun tak pernah nak tegur , nak buat macam mana lagi . Pejamkan je mata tu .

Dua sahabat , Nini dan Nadia, yang memang kaki shopping tu tak pernah nak ambil port pasal ‘budak budak pavi’ tu . Biasalah budak baru nak kenal dunia . Biarkan je . Nanti sampai pada satu tahap umur , tau lah dorang nak sedar diri , sedar perlakuan .

Melangkah je masuk ke pusat membeli belah yang berprestij tu pantas sahaja outlet Forever 21 diserbu . “My gaddd, weh ada SALE . S.A.L.E!”membulat mata Nini tatkala melihat perkataan berwarna putih berlatar merah tu . Nadia turut ikut teruja . Memang dua sahabat nie kaki shopping . Nothing can stop them now .

Dari Forever 21 ke Guess ke Marc Jacob ke Roxy . . .  . . dan banyak lagi . Hampir seluruh outlet outlet kat Pavi tulah Nadia dan Nini serbu . Nasib baiklah masing masing dah letih dan shopping bags pun dah tak muat tangan  .  Dorang buat keputusan untuk pergi solat Asar dan pergi makan (makan lagi) .

Seusai solat Asar di Surau Pavillion , mereka bergerak ke La Bodega untuk konon kononnya untuk tea time . “Weh , aku tak rasa ah nak pergi Bodega . McD jom” Nadia memberi cadangan . Sememangnya perutnya laparkan burger Double Spicy Chicken Mcdeluxe yang menjilat jari tu . “Ikut lah . Aku tak berkira sangat . Sebelum tu jom pergi simpan dulu barang barang ni dalam kereta . Tak larat aku nak pikul sana sini . “

“Bagi saya Double Cheeseburger , large set satu . Oreo Mcflurry satu . Kau nak makan apa Nad?” Papan menu ditilik Nadia . Aduhai lambat pula lah Nadia nie buat fikiran . Dahlah sekarang masa peak hour . Aduhai , sabar jelah . “Mmm bang , bagi saya Double Spicy Chicken Mcdeluxe  , Horlick Mcflurry , Nugget yang 6 pieces , and tambahan Large fries ye” Si abang McD mengulang semula pesanan dan pantas melakukan tugas-tugasnya .

“Hoii perempuan ,kau makan ke melantak?” Nini menegur sesaat selepas melabuhkan punggung ke meja makan tingkat atas McD Bukit Bintang itu . Nadia tersengih bagaikan kera tersepit lif . “Alaa lek lu . Aku bukan apa . Aku nie BMI tak seimbang . Jadi kena ah makan bebanyak “ Nadia beralasan . Nini menjeling . “Kau nie masalahnya bukan BMI tak seimbang . Tinggi je tak cukup . . .” “ Woii tinggi tinggi jangan main. Sentap k .” Nadia mencampak sebatang kentang kearah Nini yang mengekek .

Sedang asyik dua sahabat itu menjamu burger yang sedap menjilat jari jemari , seimbas kelibat membuatkan Nini terlepas pegangan burgernya . “Dah kau , kalau taknak makan , tokse membazir . Bagi ah kat aku . Kau ni “ Nadia membebel . Hello , makanan tu . Pantang sungguh Nadia dengan orang yang membazir . “Kalau taknak bagi kat aku sini” ujar Nadia yang masih mengunyah dengan mulut yang penuh .

“Assalamualaikum . . . . “ suatu suara yang cukup dikenali Nadia dan Nini menegur daripada belakang . Nadia menoleh . Terkedu sebentar .

No comments:

Post a Comment