“Kau tau tak perasaan bila orang yang kau sayang , kau
tunggu lama gila boleh bahagia . . . tanpa kau disisi . Bahagia dengan orang
lain . Sakit kan? Itu yang aku rasa . 6 TAHUN weh aku tunggu dia . But in the
end aku yang sakit . Kejam kan?” Keluh Nadia kepada Nini yang tekun mendengar
rintihan sahabatnya itu . Sesekali kepala rakannya itu diusap lembut . “Aku dah
cuba nak get over dia , tapi aku tak boleh weh .How am I suppose to forget
about him if my heart keeps telling me to hang it there , he’ll come around
someday . Memang mulut kata dusta bila butir bicara yang keluar cakap dah
lupakan dia . Dalam masa yang sama hati meronta mohon bicara kebenaran “ lemah
keluh Nadia .
Nini’s POV
“Sabarlah weh . kau kan tough . Kau mesti boleh get over dia
. Trust me “ okay , please don’t trust me because this is not okay . Kesian
betul aku tengok Nadia . Banyak kali dipermainkan pun still dia tunggu lelaki
tak guna tu . Love really does hurt . Kalau lah aku nie ada magic dah lama aku
teleport lelaki tu ke pluto . Biar mati takde oksigen kat sana. Hidup pun asyik
mainkan orang tak guna .
Sudah ….. meleleh lak member sorang nie . Aku nak pujuk . .
. takut tersalah pujuk karang makin banjir . Tak cukup dengan Melaka banjir ,
karang tak pasal pasal KL nie pun banjir .
“Err . . . Alaa Nad , jangan ah
macam nie . Tak guna kau bazirkan air mata untuk lelaki tu . Tak dapat apa .
Kau nak caj setitis rm5 pun dia taknak sebab bagi dia air mata kau tu takde
harga” Oh my god oh my god salah cakap . Okay Nini , lek jangan gelabah . Err .
Ha! Umpan! “Dah lah weh , takmau sedih sedih macam nie . Jom aku bagi pinjam
broadband aku . Kau pergilah tengok Greys Anatomy “
NO POV
Umpan Greys Anatomy tak pernah
tak Berjaya . Nadia menyapu air matanya dengan hujung lengan baju , pantas
MacBook miliknya dicapai bersama broadband Celcom kepunyaan Meni . Dia hanyut
dalam dunia fantasi perubatannya . Keluh lega dilepaskan . Sekurang kurangnya
Nini boleh fikir ayat memujuk dalam masa 50 minit nie . Dia yang buntu ,
bangkit daripada duduk dan bergerak ke dapur . Makanan merupakan pemujuk yang
terbaik . Lagipun perut dah bunyi rentak lagu Big Bang .
50 minit berlalu . Nadia
tersenyum puas . Segala pembedahan daripada kardio kepada neuro pergi ke ortho
beralih ke general yang dipaparkan membuat Nadia berkobar kobar . Bagaikan
adrenalin seusai menaiki gelongsor air hyper speed .
“Haihh seronoknya kalau aku nie
Meredith Grey , dapat suami McDreamy . Bahagianyaaa!” Eh eh , over squel pula
dia . Tadi kemain banjir . Perempuan perempuan . Tatkala hidungnya mengesan bau makanan yang
sungguh lazat , dia tidak betah untuk duduk dan bau sahaja . Dapur diserbu .
Jelas dipandangan Nini yang baru sahaja selesai masak spaghetti kegemaran
mereka .
“Nini! Oh my gadddd , kau masak?!
Lebiuu lah bebyy “ Nadia dengan gaya gediknya membuatkan Nini menjelir lidah
“Alah kau , kalau aku masak dan dan lebiu muahh muahh bagai . Menyampah aku”
dengan gaya menjolok anak tekak Nini membalas . Nadia membidas “ Ehh ehh wait
seminit . Mana ada aku muahh muahh kat kau . Pleasee . Lebiuu je kay .
Spaghetti ini belum tahap petala muah muah lagi “ meledak tawanya saat melihat
mata Nini yang menjegil . “ Okay okay , Terima Kasih Puteri Amani Zulfiqar
sebab masakkan untuk perut aku yang berkeroncong irama lagu Taylor Swift . Meh
sini cium sikit “ dengan gaya muncung bibir nak mencium Nadia meluahkan rasa
terima kasih . Nini meledak ketawa . “Hodoh nau buat muka macam tu . Dah makan
. Lepas ni teman aku pergi office aku jap . Lepas tu kita pergi Pavilion .
Shopping spree”
No comments:
Post a Comment