28 Nov 2012
Heyyo , so I have been losing weight recently due to . . . .
. tak cukup makan? -.- . Bosan weh wa cakap sama lu tinggal kat Apartment
Yayasan Melaka (AYM) nie . Yes , memang duduk sini segala kemudahan tu ada . .
. but entah lah . Jiwa aku bukan kat sini maybe . Lagi satu permasalahan
transpot woahh . Nak pergi sana sini bukannya dekat . Paling dekat pun The
Store yang hidup segan mati tak mahu tu . tu pun 8 minit perjalanan gak lah .
Belum kira nak kena lintas jalan besar yang kereta banyak macam piungg piungg
lajunya tu .Nasib lah ada insuran under MiCost yang berharga rm150 tuu (mata
keatas , tangan dibahu) .
Jujur ah , facilities sini memang banyak , bandaraya lah katakan
.Nak pergi Aeon Bandaraya tu 20 minit jelah jalan kaki . Nak pergi Mahkota
Parade/Dataran Pahlawan tu pun 45 minit je kalau jalan kaki . Kalau naik kereta
adala dalam 10 minit . See , dekat bukan? Memang nak pergi mana mana shopping
complex terkemuka kat Melaka nie serba boleh ah . Tinggal nak fikir piti (duit)
dengan perjalanan ke sana je . Tapi entah lah . I don’t find those places
amusing . Maybe because , I practically growing up going to those malls every
twice/thrice a month when I stayed at Melaka and are the must visit places
during my stays at other states . You can say I am just bored with all of it .
Alaaa , lagipun benda sama je kut tiap tiap bulan -.- . Mana ada harini aku
pergi esok dah buka Roller Coaster kat situ . Boring I tell ya’ . Plus , I ain’t
that rich to spend my money shopping every month . Duit MARA pun habis bayar
yuran je -.- . K sedih .
Lepas tu dulu kalau duduk kat WAY , kelas pukul 9 , pukul
8:50 baru gerak keluar rumah . Yela , buka je tingkap rumah dah Nampak kolej .
Sekarang nie? Kelas pukul 9 , pukul 7 dah naik bas gerak ke kolej . Nampak tak
kejadahnya? Lepas tu menganga jelah tunggu pukul 9 . Tak rajin mak jemah nak
buka nota pepagi buta . Dengan perut kebuluq meminta sesuap rezeki . K itu
statement dasar pemalas . Kids , don’t copy this . Study well . CafĂ© Fizahad
kat kolej tu selagi tak pukul 9 pagi dia tak buka buka . Memang tak ah kan ,
kelas start kul 9 , pukul 9 jugalah nak breakfast . Itu yang jadi kes tercekik
pepagi lambat sikit lepas subuh tu . Makan semua dah serupa ular sawa betina .
Telan je . Kunyah takat macam gigit habuk biskut je memasing . K itu lagi satu
statement dasar gelojoh . Kids , stay safe . Haihh sabar jelah .
Lepas tu , bila ada gap 3,4 jam mana boleh balik sesuka hati
. Kalau kompeni bas tu bapak aku punya , memey ,aku tak tunggu lama ah . So
makanya tercatat lah sudah , pelajar-pelajar MiCost lepak di Mydin . Sampaikan
bangla-bangla Nepal-nepal kat situ dah boleh kenal . Mana taknya , pergi mydin
dengan baju kurung/baju korperat/baju smart smart tambah lagi dengan matrik kad
yang terbelit kat leher . Sedih bukan? Kalau tak lepak mydin , ramai ramai
berpeleseran kat MiCost tu macam mangsa penempatan banjir . Sedih sekali lagi .
Kalau ada hiburan takpelah lagi . Ini hiburan yang paling tinggi kat situ ,
Astro yang ada kat dalam bilik serbaguna tu . Kalau tak ramai ‘mangsa-mangsa
banjir’ dalam tu takpe lah lagi . Ini tak , jalan sikit dalam bilik tu dah
boleh bau macam macam dengan asap rokok , bau stokin .Kalau tak berhati hati
boleh jadi kemalangan jiwa terpijak manusia dalam tu . Pergi surau nak solat
zohor udah rupa hotel ayam bajet je . Budak budak gegurlz yang lain pakat lepak
tido kroihh kroihh kat dalam tu . Heyyy sexiehhh ladiehhh op op oppaahh . Bukan
kuak lentang dah . Kuak terbongkang . Tak pasal-pasal insan yang nak solat nie
kena beralah untuk solat bersempit sempit agar ‘bayi bayi mangsa mangsa banjir’
nie tidur dengan nyenyak nya .
Lepas tu bila time balik petang tu ramai ramai serbuu bas
sebab taknak naik trip kedua ketiga . Aku pun salah seorang penyerbu tegar .
Yelah , kalau AYM nie dekat 10 minit dah sampai takpe lagi . Ini 45 minit
kemudian baru sampai trip keduanya -.- .Kalau mengkome pun confirm malas . K
itu statement dasar tak penyabar . Kids , act nicely .
Haihh hidup hidup . K actually, I am not suppose to whine
like an annoying brat . Hey life’s tough .Thats why rainbow cannot come if its
not raining (bedallah tipah) . Yeah , I should be grateful for all others
blessings in my life . So kids , my point is , SCREW THE WHINE . Live life to
the fullest . YOLO not IYOLAH . If I cant overcome , this simplest difficulties
, how am I gonna survive on the future .
Therefore , Alhamdullilah , for everything Allah SWT has
granted me . Easy or hard I’ll survive . InsyaAllah . Allah is always there .
K dua perenggan terakhir itu merupakan ayat cover . Aku
memang kuat merungut . A habit that I tend to change InsyaAllah .
Xoxo Aina .
p/s : Jangan seleweng duit orang . Tak berkat .
No comments:
Post a Comment