person who are bored enough to read this blog is here
Tumblr | EPiC | Twitter

20 December 2015

#meniturns21


Happy Birthday Beloved Lil' Sis
Semoga kau sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki .
Semoga kau dikelilingi dengan insan insan yang mengembirakan dan mengemukkan kau
Semoga kau sukses , baik pelajaran , baik dunia dan akhirat .
Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah SWT . 
Semoga kau dapat penuhi impian , cita-cita kau .
Semoga kau lebih cekal mengharungi onak duri liku kehidupan realiti
Semoga kau dikurniakan ketabahan sentiasa kala kau hilang dalam emosi 
Semoga kau dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan .
Semoga kau terus diberi kekuatan dan inisiatif untuk terus memajukan diri demi keluarga dan juga diri kau sendiri
Semoga kau temui 'someone' , 'THE ONE', yang mampu jaga kau sebaik mungkin lebih daripada dia sendiri
Dan paling penting ,
Semoga diusia 21 , bertambahnya setahun lagi umur nie , kau akan selalu happy dan bahagia .
Membesar ibarat JUARA okay?
Have a blast on another year and please please make it to next year to see another long ass wish from me .


Cliche sangat aku rasa ucapan tahun nie . haha
But to be honest , aku rasa macam kena writers block . 
Tak tau nak taip ape .
And thats why, post nie pun up lambat . Dun blame me . Being a working lady memakan banyak neuron otak aku . haha

Aku baca balik wish wish yang lama menempel dlam blog nie .
Sebak weh .
Sebab everytime baca balik it reminds me that my birthday wish never came true .
Sejujurnya , tiap kali 24/11 , ever since aku pindah , the one birthday wish yang aku harap adalah , dapat jumpa kau 20/12 . 
Celebrate birthday kita sesama . Just catching up . Lepak together tak ingat dunia . Berdua . Just kau dan aku . 
Tu je yang sampai sekarang aku rasa tak tertunai sampai sekarang . 
Terkilan pun ade .
Sebab aku tau bukan senang kita nak jumpa . 
Setahun sekali pun belum tentu .
Thats why , setiap kali November , aku harap dapat berita baik Disember kita dapat jumpa . 
At least , dalam setahun tu kita boleh catching up ape yang dah jadi sepanjang tahun .


kau dan aku dah 21 tahun weh .
Dah legal nak buat almost everything as an adult . 
Ape kau rasa weh?
Entahlah bagi aku , mungkin aku rasa gerun kut .
Sebab umur nie orang dah mula pandang serious setiap tingkah laku kau . 
Nak ribena sangat pun kena hati hati , takut dipertikaikan . 

Usia 21 , orang akan mula expect memacam dalam hidup kau . 
Bila nak kerja? Bila nak kahwin? Taknak sambung study ke? Why dress like that? Kenapa ? Why? When? Who? Whom? Which?
And to be honest , lepak bawah tangga , makan kerepek minum soya kotak lagi best right now . 

Biasalah , bila dah tua tua macamni , kau akan rindu zaman sekolah .
Tapi bagi aku , aku tak rindu sekolah .
Aku rindu persekitaran , atmosfera , susasana sekolah.
Aku rindu bestfriend aku . Aku rindu adik kembar lain parents aku.
Aku rindu kau .
Sebab tu mengimbau kenangan lalu tu indah , sebab for a short period reminiscing the past buatkan aku rasa dekat dengan kau .
Lagi lagi bila gundah gulana taktau nak mengadu masalah pada siapa.
Sebab kalau dulu , pergi sekolah pagi dah boleh luahan perasaan kat kau .
Sekarang?
Luah tu masih luah , tapi kadang kadang bila komitmen terhadap hidup cross over sampai terlupa nak luahkan ape.

Setiap tahun aku berjaga atleast dapat jadi orang first wish birthday kau .
Tak kisahlah , letih macam mana , aku akan set alarm .
Atleast aku tau aku yg first .
Sebab kawan kau yang lain dapat kau secara fizikal dan emosi untuk sambut sesama . 
Sedangkan aku jauh beratus kilometer cuma mampu dapat pinjam telinga kau untuk wish . 
At least , bila aku yang first , buat aku rasa -- xpelah , bagi aku wish kat meni dulu , then you guys can have her nak nyanyi ke nak golek dia dalam tepung ke buatlah atleast , aku dah wish dia dulu .
Haha , 
budak budak sangat kan?
Tapi entahlah . 
Kau satu satunya kawan yang aku nak treasure sampai bila bila .
Yang aku simpan baik baik kemas kemas dalam hati .
Jealous cemburu memang ada bila tengok kau ade kawan baru . 
Tapi at the same time I am glad and happy for you .
Sebab atleast , bila kau nak breakdown , kau ade bahu nak pinjam kat sana .
Sebab aku tau , nanges kat bahu dengan nanges over the phone tu lain feel dia .
Thats why at the same time im glad , kau jumpa spesies spesies sama gila macam kau juga .
Yang boleh ngam dengan kau .

Aku stalk daripada jauh je .

Tapi tak bermakna, kau ade  masalah kau tak boleh OTP dengan aku . 
In shaa Allah , se-busy mana aku akan cuba make time untuk kau .
Just like old times . 
Ape ape hello hello je .
Hello from the otherrrr sideeeeee - Adele

Setiap tahun , aku akan cakap benda sama.
Tahun nie pun sama .

Aku nak kau ade setiap moment penting dalam hidup aku.
Aku nak kau tenangkan gabra aku time rombongan meminang nanti .
Aku nak kau curi dengar perbincangan keluarga pasal hantaran berapa ratus k , berapa puluh dulang hantaran , berapa haribulan majlis nikah sanding .
Aku nak kau diri sebelah aku time cincin tunang tu disarungkan ke jari aku . Lepas tu aku nak squeal dengan kau tengok cincin tu dah melekat kat jari . 
Aku nak kau ade rewang seminggu terakhir sebelum hari nikah sanding aku .
Sama-sama main inai . sama sama bungkus goody bag ,  sama sama rasmikan pelamin dulu selfie kuak lentang atas tu .
Aku nak kau ade pagi hari aku nak nikah tu .
Nak kau genggam tangan aku yang sejuk beku tunggu wali sahkan akad . 
Nak kau ade peluk aku time dah lafaz SAH tu tanpa pedulikan hingus aku melekat kat tudung kau .
Aku nak kau ade masa suami aku sarungkan cincin sambil kau over menyakat suruh salam cium dahi lelama just for the sake of photographer .
Aku nak kau jadi org pertama selfie dengan aku lepas tukar status PUAN .
Aku nak kau jadi pengapit aku .
Pengapit lap peluh , pengapit seludup makanan untuk aku , pengapit yang gengster halang orang daripada kerumun aku sampai peluh luntur make-up revlon aku yang menempek kat muka . Pengapit yg tolong kipas aku laju laju atas pelamin sebab taknak aku peluh ketiak basah . Pengapit yang pimpin aku sambil pegang dress berjela aku elak aku tersadung and tersembam sebab macam ayam jalan bila pakai heels . 
Aku nak kau ada , tolong kemas kemas lepas majlis , just so aku boleh duduk goyang kaki laki bini . haha
Aku nak kau tolong aku plan macam mana nak surprisekan laki aku dengan pregnancy announcement lepastu viral kat youtube . 
Aku nak kau jawab telefon bila aku pregnant hormone swing , gaduh dengan laki aku sebab dia tak dapat cari durian masak gulai lemak cili padi strawberry sampai aku kempunan . 
Aku nak kau pujuk aku cakap laki aku tu pondan takut lipas . 
Aku nak kau ada time aku sakit nak terberanak . Tolong tenangkan laki aku luar bilik bersalin . Tenangkan aku yang sakit perut taktau nak beranak ke nak berak .
Aku nak kau ade cukur jambul aqiqah semuaa anak anak aku 
Aku nak kau ade time aku gaduh ngan suami aku , kau bawak aku lari gi shopping pakai debit card laki aku biar padan muka dia .
Aku nak tua vogue dengan kau . 
Walaupun dah umur 70 tahun tapi orang still kata macam 30 tahun . 

Kalau boleh aku nak kau ade setiap detik mulanya fasa baru dalam hidup aku .

Macam tu juga aku harap sangat aku ade untuk setiap detik bermula fasa baru hidup kau .

Aku nak anak kau anak aku teruskan legasi persahabatan kita .
Kalau lelaki dengan perempuan tu kalau jodoh bolehlah kawenkan .
Kalau tak jadi bestfwen pun boleh . 
Bestfwen yang kutuk mama-mummy memasing sebab kita terlampau ohsem .

Semoga kau ade Meni . 
Sebab kalau kau takde , mungkin aku tak kawen kut . Tunggu kau ade .
Haha .

To finish this year wish , 
Happy Birthday Nur Amni anak pakcik Marzukhi . 
Semoga best-sister-ship kita nie kekal sampai bila bila .

Aku sayang kau weh .
Serious . 




No comments:

Post a Comment